Daripada
Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku
telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1.
Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada
bau kasturi.
2.
Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3.
Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari
beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4.
Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka
tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka
lakukan pada bulan lain.
5.
Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada
Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab,
"Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila
telah selesai kerjanya."
(Riwayat
Imam Ahmad)