Kelebihan Selawat

Selawat menurut istilah bahasa bermakna doa, rahmat daripada Allah SWT, memberi berkat dan ibadah.

Pengertian berselawat ke atas Nabi SAW bererti mengakui mengakui kerasulan Baginda serta berdoa agar Allah SWT mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda.

Berselawat berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah SWT:


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah Al Ahzab: Ayat 56)

Kalau daripada Allah SWT (terhadap hambaNya yang beriman) bererti memberi rahmat. Kalau daripada malaikat bererti meminta keampunan Allah SWT dan kalau daripada orang yang berimanbererti doa kesejahteraan seperti:

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas Nabi SAW."

Antara kelebihan berselawat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis-hadis Baginda. Antaranya daripada Abdullah Ibn. Umar r.a, bahawa ia berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjat." (Riwayat Ibn. Abi Syaibah no.8698).



Maksudnya: "Sesiapa membaca selawat untukku pada hari jumaat dua ratus selawat diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun.". (Riwayat Al Dailami daripada Abu Zar r.a)



Maksudnya: "Sesiapa membaca selawat sepuluh kali di pagi dan sepuluh kali di kala petang, maka dia akan memperolehi Syafaatku di hari akhirat." (Riwayat Al Tabrani (10/120) daripada Husain bin Ali r.a).



"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku"

KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Menjadi
 penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah SWT. Oleh itu pembuka dan penutup doa mestilah mengandungi selawat.

2. Boleh
 menghapuskan kesalahan dan dosa.

3.
 Jaminan untuk mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.

4. Menjadi
 benteng sifat munafik dan kafir.

5.
 Selamat daripada huruhara hari kiamat.

6. Salah satu amalan yang
 paling utama.

7.
 Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

8.
 Mengantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

9.
 Dikasihi Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga.

10.
 Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacita sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud:


"Sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah yang paling banyak selawat untukku."