Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih | Cara-Cara Sembahyang Tarawih | Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.
Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :



Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Ihya’ Ramadhan


PENGENALAN

Program Ihya’ Ramadhan merupakan suatu program mega tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sepanjang bulan Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dikenali sebagai Qaryah Ramadhan Di Serambi Mekah. Program ini adalah suatu program yang sangat unik di mana satu khemah besar yang berhawa dingin bersaiz 8,800 kaki persegi bagi menampung kira-kira 2,500 jemaah dan akan diimamkan oleh imam jemputan iaitu Syeikh Hesham Abd Bary Mohamed dan Syeikh Ahmad Ramadhan Ayoub Musa dari Mesir .

Program ini telah mendapat sambutan di kalangan warga Kota Bharu dan pengunjung luar Kelantan, yang turut menjayakan aktiviti di Qaryah Ramadhan seperti Iftor Jama’i, Solat Terawih, Ceramah Badar Kubra, Nuzul Al-Quran, Interaktif Al-Quran, Qiamullail, Relay Qiraatul Quran, Sepetang Di Ambang Iftor, Sumbangan kepada Anak Yatim, Orang Miskin, Armalah dan Saudara Baru, Khatam 30 Juzuk Al-Quran, Malam 1000 Yaasin, Menjejaki Lailatul Qadar, Solat Sunat Tasbih Malam Aidil Fitri, Solat Sunat Aidil Fitri dan lain-lain lagi.

Beberapa program baru telah ditambah untuk memeriahkan lagi sambutan Ihya Ramadhan 1432H seperti menyediakan Kelas Pengijazahan Al-Quran (Qiraat 14), Bengkel Asas Tajwid, Halaqatul Quran, Program Sehari Celik IT dan Score A serta Himpunan Remaja Ramadhan bagi menjayakan program Jejak Kasih Di Ambang Iftor, Auto Show Di Ambang Iftor dan Malam 1000 Al-Kahfi.

Bengkel Asas Tajwid pula bertujuan untuk memberi kefahaman kepada orang ramai pada 4, 11 dan 18 Ramadhan, manakala Halaqatul Quran pula berlangsung pada 7, 8 dan 13 Ramadhan. Pada 20 Ramadhan, Program Sehari Celik IT dan Score A yang dianjurkan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bertujuan untuk mencapai kecemerlangan pelajar sekolah.

Himpunan Remaja Ramadhan merupakan program khusus untuk menghimpunkan anak-anak muda Kelantan bermula jam 3.00 petang untuk bersama-sama menyertai program Jejak Kasih Di Ambang Iftor dan Malam 1000 Al-Kahfi (5 Ramadhan) dan Auto Show Di Ambang Iftor dan Bicara Anak Muda (12 Ramadhan) dan Sepetang Anak Muda di Ambang Iftor bersama Ustaz Azhar bin Edrus serta Menjejaki Lailatul Qadar dan zikir munajat bersama Ustaz Badrol Amin (26 Ramadhan).

Pada 29 Ramadhan, akan diadakan Solat Sunat Tasbih Malam Aidil Fitri dan pada pagi 1 Syawal pula, Solat Sunat Aidil Fitri dan Jamuan Hari Raya yang merupakan program penutup Di Qaryah Ramadhan.

Program Ihya’ Ramadhan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan diadakan bermula 1 Ogos 2011 hingga 30 Ogos 2011 bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

RM1 juta Untuk Program Ihya' Ramadhan di Kelantan


KOTA BHARU: Program Ihya’ Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan.  Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program ‘mantap’ termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya’ Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.  Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej ‘Qiam With Me’ yang dijangka pada ‘upacara hadapan’ turut berangkat Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D’Raja dan kakitangan kerajaan.

Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini. Dijangka disertai 5,000 orang.

Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.  “Pada 26 Ramadhan akan diadakan ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.  “Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.  Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini, diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.

Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.  Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang.  Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

Al Fatihah 6 Imam Besar


Sheikh Ali Ahmed Mulla - Masjid Shah Alam

Al Fatihah 6 Imam Besar

Keistemewaan Ramadan


Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." - Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.


3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :  "Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :  "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

25 JENIS-JENIS SELAWAT NABI

1. Selawat al-Ibrahimiyah:

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد

2. Selawat al-'Adzhimiyah:


اللهم إنى أسألك بنور وجه الله العظيم ، الذى ملأ أركان عرش الله العظيم ، وقامت به عوالم الله العظيم ، أن تصلي على سيدنا ومولانا محمد ذي القدر العظيم ، وعلى آل نبى الله العظيم ، بقدر عظمة ذات الله العظيم ، فى كل لمحة ونفس عدد ما فى علم الله العظيم ، صلاة دائمة بدوام الله العظيم ، تعظيما لحقك يامولانا يا محمد يا ذا الخلق العظيم ، وسلم عليه وعلى اله مثل ذلك ، واجمع بينى وبينه ، كما جمعت بين الروح والنفس ، ظاهرا وباطنا يقظة ومناما ، واجعله يا رب روحا لذاتى من جميع الوجوه فى الدنيا قبل الآخرة ، يا عظيم

3. Selawat al-Istighosah:

اللهم صل على مولانا محمد نورك اللامع ، ومظهر سرك الهامع ، الذي طرزت بجماله الأكوان ، وزينت ببهجة جلاله الأكوان ، الذي فتحت ظهور العالم من نور حقيقته ، وختمت كماله بأسرار نبوته ، فظهر نور الحسن من فيضته فى أحسن تقويم ، ولولا هو ما ظهرت صورة لعين من العدم الرميم ، الذي ما استغاثك به جائع إلا شبع ، ولا ظمآن إلا روى ، ولا خائف إلا أمن ، ولا لهفان إلا أغيث ، وأنى لهفان مستغيثك ، استمطر رحمتك الواسعة من خزائن جودك، فاغثنى يا رحمن ، يا من اذا نظر بعين حلمه وعفوه لم يظهر جنب كبرياء حلمه وعظمة عفوه ذنب ، اغفر لي ، وتب علي ، وتجاوز عن سيئاتي ، يا كريم

4. Selawat oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani:

اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره ، والرحمة للعالمين ظهوره ، عدد من مضي من خلقك ومن بقي ، ومن سعد منهم ومن شقي ، صلاة تستغرق العد ، وتحيط بالحد ، صلاة لا غاية لها ولا انتهاء ، ولا أمد لها ولا انقضاء ، صلاتك التي صليت عليه ، صلاة دائمة بدوامك ، باقية ببقائك ، لا منتهى لها دون علمك ، صلاة ترضيك ، ترضيه بها عنا ، يا أرهم الراحمين ، وعلي آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك

5.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد في الأولين ، وصل وسلم على سيدنا محمد في الآخرين ، وصل وسلم على سيدنا محمد في كل وقت وحين ، وصل وسلم على سيدنا محمد في الملأ الأعلى إلى يوم الدين ، وصل وسلم على جميع الأنبياء والمرسلين ، وعلى الملائكة المقربين ، وعلى عباد الله الصالحين ، من أهل السماوات والأرضين ، ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا ذوي القدر العلي ، أبي بكر و عمر و عثمان وعلي ، وعن سائر أصحاب رسول الله أجمعين ، وعن التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين

 6. Selawat at-Tadbir:


اللهم إن فى تدبيرك ما يغنيني عن الحيل، وإن في كرمك ما هو فوق الأمل ، وإن فى حلمك ما يسد الخلل ، وإن فى عفوك ما يمحو الزلل ، اللهم فبقوة تدبيرك ، وفيض كرمك ، وسعة حلمك ، وعظيم عفوك ، صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ، صلاة تنجينا بها من كل شيء ، يا من بيده ملكوت كل شيء ، اللهم لا نفتقر وأنت ربنا ، ولا نضام وأنت حسبنا ، وأنت على كل شيء قدير، في كل لمحة ونفس ، عدد ما وسعه علم الله

7. Selawat al-Munajjiyah/Munjiyah:

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات ، وتقضى لنا بها جميع الحاجات ، وتطهرنا بها من جميع السيئات ، وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات ، وتبلغنا بها أقصى الغايات ، من جميع الخيرات ، في الحياة وبعد الممات ، وعلى آله وصحبه وسلم