UNSUR BENTUK?
Bahagian 3 ini saya ingin mengupas satu lagi elemen dalam
unsur seni yang perlu kita fikirkan bersama. Unsur tersebut ialah BENTUK.
Perkara ini saya telah bahaskan dalam panel STPM kurikulum Modular yang akan
dilaksanakan pada tahun 2012. Alhamdullilah panel setuju apa yang saya
bangkitkan mengenai masalah unsur seni Bentuk. Ya, apakah masalahnya? Ya
ramai di antara kita akan mempertikaikan kalau saya katakan Bentuk tidak sesuai
dalam unsur seni. Bentuk dalam bahasa Inggeris adalah 'Form'. Namun pemakaian
Bentuk dalam hubungannya dengan seni menjadi keliru, sangat-sangat keliru. Ada
orang kata apa yang kita katakan Rupa Geometeri adalah 'Bentuk'... tanya orang
bidang Matematik atau Sains mereka kata
Bentuk Geometeri bukannya
Rupa Geometri.
Berdasarkan pembacaan saya beberapa buku mengenai ASR,
Istilah Bentukatau 'Form'adalah merujuk pada jenis karya seni iaitu
samada karya itu bentuk 2D, 3D, 4D atau Motion. Nanti saya akan huraikan lebih
lanjut mengenai hal ini. Sekarang saya berbalik kepada Bentuk dalam Unsur Seni.
Sebenarnya kesemua buku yang saya baca menyatakan ialah 'VALUE' Bahasa
Malaysia ialah NILAI. ( Sila rujuk Gambar rajah Organisasi ASR yang
dikemukakan oleh Ocvirk dan Rakan-rakan - 2008)
Organisasi ASR mengikut Ocvirk dan rakan-rakan
|
- Art Fundamentals Theory and Practice, Edisi ke-10 'Tenth Edition' (2006), muka surat 110.
- Design Basics (2008) muka surat 238.
- Foundations or Art Design (2008) muka surat 66.
- Drawing A Contemporary Approach 'Sixth Edition' (2008), muka surat 92.
- Experiencing Art Around Us -Second Edition (2006), muka surat 83
- Understanding Art-Seventh Edition (2004), muka surat 35
- Launching the Imagination a Comprehansive Guide to Basic Design(2006), muka surat 43
- Basic Visual Consepts and Principle for Artis, Architects and Designers (1992) muka surat 86
- Design Funamentals New Media (2005) muka surat 102
Kepada saudara yang membaca nota saya ini sila buat rujukan
mana-mana buku yang tersenarai.
Mengapa kita perlu menukar unsur Bentuk kepada Nilai?. Pada
umumnya saya sudah menyatakan bahawa pandangan penulis-penulis buku-buku yang
hebat itu mengenai apa yang termaktub. Penulis-penulis tersebut bukannya
calang-calang, kebanyakkan mereka adalah Profesor dan penyelidik seni visual
yang hebat. Faktor lain ialah sebenarnya dalam karya-karya yang dihasilkan,
cahaya cerah dan gelap memainkan peranan penting sebagai elemen karya tersebut.
Nilai cahaya gelap dan cerah perlu dibincangkan dengan teliti sebagi satu
elemen atau unsur seni. Dalam karya-karya Agung dibincangkan teknik-teknik
seperti 'Chiaroscuro' dan 'Tenebrism', di sinilah tempat perbincangan tersebut.
Persoalan pencahayaan (high light), 'Shadow edge', 'Shadow core', 'Cast Shadow,
'Reflect light' dan nilai gradiasi cahaya gelap ke cerah melalui 'High Key' dan
'Low key'. kesemua itu adalah nilai dalam sesebuah karya seni visual.
Saya akan sambung perbincangan ini, kepada sabahat-sahabat
sila beri pendapat mengenai isu ini
Nilai cahaya
|
Nilai kecerahan cahaya gelap dan cahaya cerah
|