Garisan merupakan elemen asas paling penting dalam
penghasilan Seni Visual. Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam
apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun
mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya.
Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 (
HSP), untuk tingkatan 2dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku
seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30
menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan
Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi
Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan
sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah
negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran
dalam tingkatan 1 iaituMengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan
dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan
3 masih menunjukkan asas-asas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa,
Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna)
Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam
tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan
menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran
penghasilan Lukisan - semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni
sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya
tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa,
Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna.
1. Garisan Kontor dan 'Gesture'
Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu
karektor. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesbuah karya
lukisan iaitu garisan kontor dan garisan'Gesture'. Garisan Gesture adalah
garisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan
kedua-dua garisan ini sebagai membantuk objek.
2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan
3. Garisan menimbulkan kesan penegasan
Melalui kesan kualiti garisan dapatn menimbukan kesan
penegasan dalam karya yang dihasilkan, kadang kala garisan yang pelbagai
kualiti dapat menimbulkan kesan penegasan, lihat sahaja karya Judy Pfaff
bertajuk Che Cosa a Acqua (1992), beliau menggunakan pelbagai garisan bagi
menimbulkan kesan yang pelbagai, melalui beberapa kualiti yang berbeza maka
mendapat suatu kesan penegasan dalam karya tersebut.
4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap
Kesan garisan yang menggunakan teknik silang
pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan terang dan
gelap dalam sebuah karya. Begitu juga menggunakan kualiti garisan nipis dan
tebal jug dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan dalam karya.
5. Garisan membentuk objek
Sewajarnya melalui media pelukis dapat membentuk objek yang
dilukis dengan menggunakan garisan. Lihat sahaja lukisan-lukisan kartun dan
komek. Pelukis berjaya mebentuk karektor hanya dengan menggunakan garsian. sebenarnya banyak lagi fungsi garisan dalam aplikasi
pengkaryaan. sekadar lima point yang saya berikan sudah cukup mengambarkan
bahawa peranan garisan dalam sesebuah karya seni cukup penting.