KERAJAAN Kelantan mengumumkan 20 Mei ini sebagai
cuti peristiwa, sempena final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby FC di
Stadium Bukit Jalil, sehari sebelum itu.
Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan atas sokongan padu kepada skuad Bojan Hodak dalam misi The Red Warriors merebut Piala FA buat julung kali.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,
Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, cuti itu diberi sebagai
rangsangan kepada penyokong untuk beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit
Jalil.
“Selain itu, kami memikirkan keselamatan penyokong
sendiri. Kita tidak mahu selepas tamat perlawanan, mereka terus pulang dalam
keletihan untuk bekerja keesokan harinya (Ahad),” katanya pada sidang media,
semalam.
Abdul Fattah juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej, sebaliknya menjaga nama baik Kelantan.
Abdul Fattah juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej, sebaliknya menjaga nama baik Kelantan.
Sumber : Berita Harian Online