Seringkali guru-guru menjadi keliru dalam Pendidikan Seni
Visual (KBSM dan KSSM) dengan Seni Visual (STPM) dari segi kandungan maklumat
terutama Asas Seni Reka. Kekeliruan ini adalah disebabkan beberapa fakta yang
telah lama guru-guru PSV mengajar disamping guru terlalu terikut dengan
buku-buku rujukan Pendidikan Seni Visual yang 'tidak bertanggungjawab'. Harus
diingat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bahawa mengambilan maklumat
dari buku ataupun Internet perlu dilihat dari beberapa sudut. Pertama, siapa
pengarang? dan Tahun bila?. Ini penting, kerana bahan yang digunakan adalah
kandungan P&P dalam bilik kelas/Studio Seni. Berikut ini saya menyatakan
beberapa permasalahan yang b erlaku dalam Asas Seni Reka.
1. Unsur Seni.
Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM)
terdapat 6 elemen unsur seni iaitu:
- Garisan
- Rupa
- Bentuk
- Jalinan
- Warna dan
- Ruang
Dalam
Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM) tiada Ruang (5 elemen sahaja).
Persoalan yang timbul mengapa SV STPM tiada dimasukkan
ruang? Mengapa pula PSV (KBSM ada ruang? mana yang betul?
Sebenarnya soalan ini saya juga pernah disoal oleh guru-guru
PSV dalam siri ceramah saya dibeberapa negeri. Saya faham, guru PSV yang
perihatin akan merasai kegelisahan dan kerungsingan apa yang berlaku dalam dua
situasi yang berbeza tetapi bercakap dalam satu skop yang sama iaitu menghasilkan
'Design' atau berkarya seni visual.
Sebenarnya, Kurikulum Seni Visual STPM dirangka berdasarkan
beberapa perkembangan terbaharu dalam perkembangan Seni Visual. Beberapa buku
yang menjadi rujukan memberi alasan yang kukuh menyatakan bahawa RUANG mempunyai
kedudukan tersendiri tanpa dimasukkan dalam mana-mana unsur atau prinsip. Ini
adalah kerana Ruangmerupakanpermasalah reka bentuk dalam sesebuah
karya. Seseorang pengkarya menghasilkan sebuah karya memerlukan pengisian ruang
dalam menyusun 'hal benda', imej, warna atau teks dalam penghasilannya. Oleh
yang demikian ruang menjadi faktor penentu kepada susunan itu. Justru itu
olahan Karya seni adalah berdasarkan Unsur dan Prinsip Rekaan bagi menwujudkan
permasalahan RUANG......
Kenyatan saya diperkukuhkan dalam buku 'Art
Fundamentals Theory and Practice', dengan jelas menyatakan; 'The artis is
always concerned about space as it evolves in artworks. The autors have taken
the position that space is not an element, (that is, not one of principles of
organization)' but a by-product of the elements as they are put into action and
altered by the various principle of organization.