Hakikat Sembahyang

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  >Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
>Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
  >Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
  >Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T

10 PERINGATAN BUMI


Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Writing Abstracts


Writing Guide
Abstracts are formal summaries writers prepare of their completed work. Abstracts are important tools for readers, especially as they try to keep up with an explosion of information in print and on the Internet.
  • Definition of Abstract
  • Purposes for Abstracts
  • Types of Abstracts
  • Bibliographic Citation or Identification
  • Processes for Writing Abstracts
  • Key Issues in Preparing Abstracts
  • Abstracts in Specific Disciplines
  • Additional Resources

Definition of Abstract
Abstracts, like all summaries, cover the main points of a piece of writing. Unlike executive summaries written for non-specialist audiences, abstracts use the same level of technical language and expertise found in the article itself. And unlike general summaries which can be adapted in many ways to meet various readers' and writers' needs, abstracts are typically 150 to 250 words and follow set patterns.
Because readers use abstracts for set purposes, these purposes further define abstracts.
Purposes for Abstracts
Abstracts typically serve five main goals:
  • Help readers decide if they should read an entire article
  • Help readers and researchers remember key findings on a topic
  • Help readers understand a text by acting as a pre-reading outline of key points
  • Index articles for quick recovery and cross-referencing
  • Allow supervisors to review technical work without becoming bogged down in details

Types of Abstracts
Although you'll see two types of abstracts—informative and descriptive—most writers now provide informative abstracts of their work. Click below to learn more about these two types of abstracts:
  • Descriptive Abstract
  • Informative Abstract
  • A More Detailed Comparison of Descriptive vs. Informative

Executive Summary


Definition of Executive Summary
The executive summary is usually no longer than 10% of the original document. It can be anywhere from 1-10 pages long, depending on the report's length. Executive summaries are written literally for an executive who most likely DOES NOT have the time to read the original.
Executive summaries make a recommendation
Accuracy is essential because decisions will be made based on your summary by people who have not read the original
Executive summaries frequently summarize more than one document
Types of Summaries
Summaries written in order to recommend a specific course of action are executive summaries.
Summaries that highlight the major points of a long piece are called abstracts. The purpose of an abstract is to allow readers to decide whether or not they want to read the longer text.

Processes for Writing an Executive Summary
Executive summaries are typically written for longer reports. They should not be written until after your report is finished. Before writing your summary, try:
Summarizing the major sections of your report. You might even copy text from your report into the summary and then edit it down.
Talking aloud or even tape recording yourself summarizing sections of your report.

Concise Statement
As a cover sheet to your document, an executive summary need not go into ANY mention of how you conducted your analysis and/or what you're basing your conclusion on. Instead, begin with a concise statement of the conclusion you reached after conducting your analysis and/or research is the paper that will be attached. For example, after a comparison of what other schools like CSU do about personal calls for faculty, you conclude that the CSU is charging for calls most other institutions do not.
How you word the conclusion will differ depending on your audience and what they care most about. The following examples illustrate how the wording must change given an audience's needs.
RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN

Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Guru 2012


BismilLahirRahamanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang  sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang  ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik  di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi,  sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya  mengoptimumkan potensi modal insan negara.
Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi  berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi  memerlukan sentuhan  para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
Lantaran itu, menyedari  bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:
Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan
di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-basedperlu diberi nafas baru.
PERATURAN SAIZ GELANGANG BADMINTON

Pintar Cerdas


PENGENALAN
Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”.
Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang  sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid  biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.
Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

DEFINISI PINTAR CERDAS
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )


ABSTRAK
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.
 Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.
 Kertas  kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan  Negara secara tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk  dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan warga pendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yang kontra dalam perkara ini.
  
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )
 Sejarah  Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang  Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan  bersama secara gotong royong  di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga  merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Beautiful Night Photos

Seamoon by Angelo Amboldi
the bird and the moon week by Luz Adriana Villa 

sweet escape by paul bica
Vancouver HDR by Darren Stone

Kehebatan Otak Visual


    Pada umumnya manusia cenderung untuk menggunakan otak kiri yang bersifat verbalis dalam mengingat di kala mereka dewasa di banding menggunakan otak kanan (visualis). Mengapa terjadi hal demikian?
  Kita tidak menyedari ketika membaca sebuah buku yang di ingat oleh fikiran adalah kata - kata yang telah menjadi sebuah kebiasaan yang membentuk sifat kita untuk mengingati secara verbal.kata yang di ucapkan yang selalu menjadi perhatian kita untuk di ingat bukan bentuk penggambaran dari maknanya sehingga 
   Padahal Einstein sendiri tidak mempunyai masa untuk mengingat hal dengan kata - kata menurutnya otak verbal tidak akan memberikan sesuatu yang menarik untuk mencipta suatu kreatifitas dan cenderung kaku. Dalam bukunya "kekuatan otak kanan" yang di tulis oleh H.Pink seorang psikologi mengemukakan bahawa di masa depan otak kanan cenderung akan lebih di pandang sebagai sesuatu yang sangat menarik berkaitan dengan keindahan, daya kreativiti, seni dan hal yang bersifat unik.

Peranan Otak KiriI Dan Otak Kanan


Menurut ahli psikologi terkemuka , Albert Einstien , otak manusia terdiri dari otak kiri dan otak kanan. Otak kanan dan otak kiri memainkan peranan seperti berikut:

Otak Kiri:

* Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu
* Menganalisi secara terperinci
* Berfikir secara (pengelolaan )
* Menguasai Matematik
* Menggunakan logik
* Memahami bahasa
* Memahami lisan
* Peka kepada fakta
* Berfikir menggunakan perkataan
* Mengingat lirik lagu
* Perlukan rasional

Otak Kanan:

* Berfikir secara keseluruhan dan serentak ( holistik )
* Mencari ilham ( instuisi )
* Berfikir secara kreatif
* Berkaitan seni
* Menggunakan imiginasi
* Bersifat subjektif
* Ritma ( rentak dan intonasi )
* Memahami tanpa lisan
* Perasaan ( emosi )
* Berfikir menggunakan gambaran
* Menghayati irama lagu
* Ada visi

Hubungan Kidal Dengan Otak


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta Tentang Orang Kidal

Kebanyakan dari kita adalah orang yang bertangan kanan jarang sekali mengambil tahu perihal tentang mereka yang kidal dan menganggap mereka sangat istimewa dalam sukan kerana ia adalah satu kelebihan dalam mengelirukan pasukan lawan dalam acara berpasukan seperti bala tampar dan juga bola sepak. Infogradik pada hari ini menerangkan sedikit-sebanyak tentang dakta dan statistik orang-orang kidal sekitar Amerika Syarikat yang boleh dijadikan sebagai pengetahuan am.

Cuti Umum 20 Mei di Kelantan

 KERAJAAN Kelantan mengumumkan 20 Mei ini sebagai cuti peristiwa, sempena final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby FC di Stadium Bukit Jalil, sehari sebelum itu.

Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan atas sokongan padu kepada skuad Bojan Hodak dalam misi The Red Warriors merebut Piala FA buat julung kali.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, cuti itu diberi sebagai rangsangan kepada penyokong untuk beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Selain itu, kami memikirkan keselamatan penyokong sendiri. Kita tidak mahu selepas tamat perlawanan, mereka terus pulang dalam keletihan untuk bekerja keesokan harinya (Ahad),” katanya pada sidang media, semalam.

Abdul Fattah juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej, sebaliknya menjaga nama baik Kelantan.

Sumber : Berita Harian Online

3 Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan

  Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh  cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Lagu Guru Malaysia

Rahsia Bulan Kelahiran Dalam Kalender Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat..     


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui  kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.     

Rabiul Awal 
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat  pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. 
    
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya..

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part II

Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951 Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga
Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru
Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary- Part 1


Tan Sri Syed Mokhtar

Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Penghayatan Asas Seni Reka - Unsur Bentuk perlu ditukar

Pada bahagian 2 penulisan saya telah menunjukkan dua organisasi Asas Seni Reka (ASR), iaitu yang dikemukakan dalam KBSM dan SV STPM. Saya masih ingat semasa saya terlibat mengubal kurikulum PSV untuk sekolah seni. Saya mengemukakan persoalan Organisasi ASR yang terbaharu seperti mana dalam Rajah B. Malangnya ada panel tidak mahu terima dan menyatakan banyak buku-buku lain yang menyatakan pelbagai pendapat. Pada masa itu saya tidak mahu bertengkar hal akademik begitu kerana saya tahu beliau pun tak pernah baca dengan teliti buku-buku yang berkaitan 'Art Fundamentals'. Saya serahkan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK sekarang BPK). Namun, beberapa siri pengubalan yang lain saya tidak dipanggil lagi... hinggalah pemurnian kurikulum tersebut. Pada masa pemurnian banyak perkara saya bangkitkan tapi kata mereka pula ini hanya nak murnikan sahaja, pengubalan dah selesai... malang sekali. Namun, Alhamdulliah saya lihat Unsur Ruang telah terkeluar dari Unsur Seni, maknanya mereka dah setuju apa yang saya katakan sebelum itu.

UNSUR BENTUK?

Bahagian 3 ini saya ingin mengupas satu lagi elemen dalam unsur seni yang perlu kita fikirkan bersama. Unsur tersebut ialah BENTUK. Perkara ini saya telah bahaskan dalam panel STPM kurikulum Modular yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Alhamdullilah panel setuju apa yang saya bangkitkan mengenai masalah unsur seni Bentuk. Ya, apakah masalahnya? Ya ramai di antara kita akan mempertikaikan kalau saya katakan Bentuk tidak sesuai dalam unsur seni. Bentuk dalam bahasa Inggeris adalah 'Form'. Namun pemakaian Bentuk dalam hubungannya dengan seni menjadi keliru, sangat-sangat keliru. Ada orang kata apa yang kita katakan Rupa Geometeri adalah 'Bentuk'... tanya orang bidang Matematik atau Sains mereka kata 

Penghayatan Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual dan Seni Visual- Organisasi Asas Seni Reka


Dalam bahagian 1, penulisan saya telah mengupas serba sedikit mengenai aspek Ruang yang tidak lagi termasuk dalam Unsur Seni. Sebenarnya banyak perkara kita harus tahu mengenai Asas Seni Reka (ASR) atau kita sebut sebagai BAHASA SENI yang kita sering gunakan sebagai eleman fomalistik dalam kritikan.
Seseorang guru seni visual harus mahir menggunakan Asas Seni Reka, kerana ini merupakan intipati penting sebagai kekuatan dalam penyampaian Seni Visual secara menyeluruh. Kemahiran ASR sangat perlu dalam aplikasi menghasilkan Produk/Karya , Apresiasi dan Kritikan. Nampaknya sebagai guru Seni Visual tidak boleh lari dalam memahirkan dirinya dari aspek pengetahuan Bahasa Seni iaitu Asas Seni Reka.

Kali ini saya ingin menunjukkan perbandingan organisasi Asas Seni Reka antara KBSM dan yang dicadangkan Oleh Ocvirk dan Rakan-rakan dalam Buku 'Art Fundamentals'.





Berdasarkan rajah ( A dan B) di atas kita dapat mengenal pasti banyak perbezaan berlaku dalam menentukan pengucapan bahasa seni visual. Paling penting guru-guru perlu mengatahui bahawa perubahan yang dibuat oleh Ocvirk dan Rakan-rakannya menggambil kira perkembangan semasa dalam dunia seni visual.
Di sini biar saya memetik teks yang diperkatakan oleh Ocvirk dan Rakan-rakannya, ' A completed work of art has three components: subject, form, and content. There components change only in the degree of emphisis put on them. Their interdependence is so great that none should be neglected or given exclusive attention. The whole work of art should be more important than any one of its the component 'form' in order to investigate the structural principles of visual order'.
Pada masa akan datang saya akan menghuraikan beberapa lagi perkara penting yang perlu kita sama=sama fikirkan dalam pengolahan sebuah karya berdasarkan elemen-elemen penting dalam Asas Seni Reka. Semoga sahabat-sahabat dapat manfaat perkongsian ilmu ini. Kepada yang memberi pandangan saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan pandangan mereka.

Penghayatan Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual dan Seni Visual


Seringkali guru-guru menjadi keliru dalam Pendidikan Seni Visual (KBSM dan KSSM) dengan Seni Visual (STPM) dari segi kandungan maklumat terutama Asas Seni Reka. Kekeliruan ini adalah disebabkan beberapa fakta yang telah lama guru-guru PSV mengajar disamping guru terlalu terikut dengan buku-buku rujukan Pendidikan Seni Visual yang 'tidak bertanggungjawab'. Harus diingat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bahawa mengambilan maklumat dari buku ataupun Internet perlu dilihat dari beberapa sudut. Pertama, siapa pengarang? dan Tahun bila?. Ini penting, kerana bahan yang digunakan adalah kandungan P&P dalam bilik kelas/Studio Seni. Berikut ini saya menyatakan beberapa permasalahan yang b erlaku dalam Asas Seni Reka.

1. Unsur Seni.
Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) terdapat 6 elemen unsur seni iaitu:
  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Warna dan
  • Ruang

Dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM) tiada Ruang (5 elemen sahaja).
Persoalan yang timbul mengapa SV STPM tiada dimasukkan ruang? Mengapa pula PSV (KBSM ada ruang? mana yang betul?
Sebenarnya soalan ini saya juga pernah disoal oleh guru-guru PSV dalam siri ceramah saya dibeberapa negeri. Saya faham, guru PSV yang perihatin akan merasai kegelisahan dan kerungsingan apa yang berlaku dalam dua situasi yang berbeza tetapi bercakap dalam satu skop yang sama iaitu menghasilkan 'Design' atau berkarya seni visual.
Sebenarnya, Kurikulum Seni Visual STPM dirangka berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu dalam perkembangan Seni Visual. Beberapa buku yang menjadi rujukan memberi alasan yang kukuh menyatakan bahawa RUANG mempunyai kedudukan tersendiri tanpa dimasukkan dalam mana-mana unsur atau prinsip. Ini adalah kerana Ruangmerupakanpermasalah reka bentuk dalam sesebuah karya. Seseorang pengkarya menghasilkan sebuah karya memerlukan pengisian ruang dalam menyusun 'hal benda', imej, warna atau teks dalam penghasilannya. Oleh yang demikian ruang menjadi faktor penentu kepada susunan itu. Justru itu olahan Karya seni adalah berdasarkan Unsur dan Prinsip Rekaan bagi menwujudkan permasalahan RUANG......
Kenyatan saya diperkukuhkan dalam buku 'Art Fundamentals Theory and Practice', dengan jelas menyatakan; 'The artis is always concerned about space as it evolves in artworks. The autors have taken the position that space is not an element, (that is, not one of principles of organization)' but a by-product of the elements as they are put into action and altered by the various principle of organization.

Penghayatan Asas Seni Reka - Aplikasi Garisan

Garisan merupakan elemen asas paling penting dalam penghasilan Seni Visual. Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya.
Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 ( HSP), untuk tingkatan 2dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30 menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran dalam tingkatan 1 iaituMengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan 3 masih menunjukkan asas-asas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa, Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna)
Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran penghasilan Lukisan - semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa, Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna.
Pada kali ini saya tertarik untuk menerangkan aplikasi garisan dalam pengkaryaan.

Proses Catan Cat Air


1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3. Membuat Lakaran 
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna 
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)

Konsep Rekacipta Islam

Kesatuan
Pertama sekali konsep kesatuan di dalam ilmu Tawhid itu boleh digunakan sebagai panduan sebarang sintesis reka bentuk artifak kejuruteraan seperti yang digunakan oleh Mi’mar Sinan ketika menghasilkan kesatuan ruang di dalam masjid. Kesatuan juga boleh bermaksud kesepaduan atau kelengkapan iaitu reka bentuk itu haruslah bersifat sepadu dan lengkap. Kesepaduan juga diperolehi melalui konfigurasi yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Peniruan Makhluk
Berbagai-bagai makhluk yang dicipta Tuhan juga boleh menjadi panduan kepada reka cipta mengikut Islam berasaskan alasan bahawa Allah adalah Pencipta (Al-Khaliq) par excellence. Konfigurasi makhluk merupakan yang paling baik dan paling praktikal dan rupa bentuk makhluk juga adalah yang paling indah dan yang tidak ada tolok bandingnya dlam reka cipta manusia. Mi’mar Sinan telah meniru struktur buih-buih yang saling sokong menyokong di antara satu sama lain dalam merekacipta kubah utama Masjid yang disokong oleh empat separuh kubah. Banu Musa dan Al-Jazari mereka cipta mesin yang indah dan anggun seperti makhluk. Kadar Tuhan seperti kadar unggul, keratan emas, kadar harmoni musik, kadar antara anggota tubuh dan simetri tubuh makhluk yang telah dicipta Allah di dalam makhluk itu juga boleh digunakan bagi mengatur konfigurasi yang lebih kuat dan rupa bentuk reka cipta yang lebih indah.

Ramadhan Tahun Ini Kian Menjelang

Memandangkan ramadhan tahun ini kian menjelang, saya mahu mengajak saudara saudari untuk mengimbau kembali apa yang telah kita buat di ramadhan tahun lepas dan apa yang kita buat sementara menunggu ramadhan seterusnya. Sedarkah kita, kebanyakan dari kita seperti tahi ayam? Apa sinonimnya perangai kita dan sifat tahi ayam? Jawapannya hangat-hangat tahi ayam. Di bulan ramadhan tahun lepas bukan main lagi kita beribadat. Tapi berakhirnya bulan ramadhan seolah-olah berakhirnya juga ibadat kita. Bukankah itu namanya hangat-hangat tahi ayam?
              Mahu di ulas satu persatu. Di bulan ramadhan kita sibuk bertadarus. Siang malam pagi petang. Cukup sebulan khatamlah Al-Quran. Sedangkan pada 11 bulan kemudian mana tadarus kita yang siang malam pagi petang tu? Entah-entah, 11 bulan berlalu tanpa mampu kita khatamkan al-Quran itu satu kali pun. Sepatutnya kalau bulan ramadhan boleh khatamkan begitu, bulan lain juga sama. Bukankah bulan ramadhan adalah bulan latihan. Dan bukankah latihan perlu berterusan bukannya setahun sekali.
              Mari kita selongkar masjid pula. Hanya di bulan Ramadhan masjid penuh dengan pengunjung. 11 bulan lagi entah kemana hilangnya makmunnya. Fenomena masjid penuh di bulan ramadhan adakah hanya angkara semua ingin bersolat terawih berjemaah. Sedarkah kita solat terawih hanyalah sunat. Takkan sunat jer kut kita nak pahala? Yang solat wajib setiap hari 12 bulan setahun kita tak nak ker? Adakah ini berlaku hanya kerana kita sibuk mengejar fadhilat solat terawih? Bukankah kita solat kerana Allah atau sememangnya kita solat kerana ganjaran yang Allah janjikan?