KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti
dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan
minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya
juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada
pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah
atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke
rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu
keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu
diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara
keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan
segala aspek kehidupan..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak
berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram
seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan
seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu
boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk
melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah
pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas,
kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja,
main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah
antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan
audit diri atau muhasabah.
Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah
hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu
sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir
dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak
bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan
menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap
diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji
kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200
sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu.
Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita.
Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian
rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang
bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon
bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah
keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab
bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
Sentiasa merasa cukup dan syukur