Bagaimana pembentukan hujan kekal
sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca
barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan
terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara
melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan
pun timbul.
Penilaian Al-Qur’an mengenai formasi
hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan
ini diterangkan sebagai berikut.
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي
السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ
خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ
مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ
يَسْتَبْشِرُونَ (48)
“Allah, Dialah yang mengirim angin
lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut
yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan
keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang
dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Sekarang, mari kita perhatikan 3 peringkat yang diutarakan
di dalam ayat ini secara lebih teknikal.
Peringkat pertama; Dialah yang mengirim angin…..
Gelembung-gelembung air yang terbentuk
melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan
zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya
dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih
tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai
perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik
ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.
Peringkat kedua. ……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya
dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”
Awan adalah terbentuk dari wap air yang
terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di
sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara
0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi
langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.
Peringkat ketiga. …lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan
garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi,
titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan
dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat, setiap
peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam
Al-Qur’an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan
tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di
bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena
ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur’an beberapa abad
sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai
pembentukan hujan;
أَلَمْ تَرَ أَنَّ
اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا
فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ
جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ
يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ (43)
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah
mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian
menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari
celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari
gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang
dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu
hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis
awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan
awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan
peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis
dari awan seperti berikut:
1) Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak
bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
2) Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus)
yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih
besar. 9
3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah
berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar
bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh
berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang
secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan
menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk
di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang
dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat
sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya
mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
Suatu yang harus diingat bahawa pakar
meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur
dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti
kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan
telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.