Disebut dalam al-Quran dan mengandungi 3 makna:-
Takut
kepada Allah s.w.t spt dalam firmanNya: (Maksudnya) "Dan kepada Akulah
kamu semua takut [bertaqwa]" -Surah al-Baqarah:41
Taat
dan beribadah kepada Allah s.w.t seperti dalam firmanNya: (Maksudnya) "Hai
orang - orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (muslim)"
-Surah al-Imran: 102
Erti
taqwa dalam ayat diatas adalah : Taatlah dengan sebenar - benar ketaatan.
Mensucikan
hati dari kederhakaan dan dosa. Inilah makna yang banyak terdapat dalam
al-Quran. Mengikut para salafus salih, raqwa ditakrifkan dgn pelbagai
erti:
Ali bin
Abi Thalib pernah ditanya : "Apakah itu taqwa?". Beliau menjawab:
"Taqwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu, puas
terhadap yang sikit dan bersiap- sedia untuk menghadapi hari kebangkitan."
Abu
Darda' berkata : "Kesempurnaan taqwa hendaklah seseorang hamba itu takut
kepada Allah s.w.t meskipun kerana sesuatu perbuatan yang hanya sebesar biji
sawi, dan dia meninggalkan sebahagian yang dilihatnya halal kerana khuatir hal
itu haram, sehingga akhirnya menjadi penghalang antara dirinya dan hal yang
haram itu"
Sesungguhnya
Allah s.w.t telah menjelaskan kepada hambaNYA akan balasan yang akan
diperolehinya terhadap seluruh perbuatannya:
Maksud:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia
akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat
zarah sekalipun, nescata dia juga akan melihat balasannya pula" -Surah
Az-zalzalah: 7-8
Janganlah
meremehkan sedikit pun kebaikan sehingga engkau mahu mengerjakannya dan
janganlah meremehkan sedikit kejahatan sehingga engkau takut kepadanya.
Muadz
bin Jabal berkata : "Pada hari kiamatmanusia akan ditahan di suatu tempat,
lalau ada penyeru yang berseru: "Mana orang - orang yang bertaqwa?"
Maka mereka pun berdiri disisi Allah s.w.t tidak ada batas dan tabir diantara
Allah dengan mereka. Saya bertanya: "Siapakah orang - orang yang bertaqwa
itu?". Beliau menjawab: "Orang - orang yang takut akan syirik dan penyembahan
terhadap berhala. Mereka memurnikan ibadah kepada Allah, lalu mereka pun
berjalan menuju ke syurga".
Abdullah
bin Mas'ud berjata: "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupakan,
disyukuri tidak dingkari".
Abdullah
bin Abbas berkata: "Dengan sebenar-benar taqwa". Ertinya; mereka
berjihad fi sabilillah dengan sebenar-benar jihad, tidak peduli terhadap celaan
orang yang suka mencela tehadap agama Allah, menegakkan keadalian, meskipun
terhadap diri sendiri, ayah dan anak-anaknya".
Anas
bin Malik berkata: "Seseorang bertaqwa kepada Allah sehingga dia berkata
yang mendatangkan munafaat".
Umar
bin Abdul Aziz berkata : "Taqwa kepada Allah itu bukan dengan berpuasa
pada siang hari dan sembahyang pada malam hari, serta menyatukan antara
keduanya. Tetapi taqwa kepada Allah ialah meninggalkan apa yang diharamkan oleh
Allah dan melaksanakan apa yang diwajibkanNya. Maka barangsiapa yang
dianugerahkan kebaikan sesudah itu, maka itulah kebaikan yang disusuli kebaikan".
Talq bi
Hubaib berkata: "Taqwa adalah hendaknya engkau beramal dengan taat kepada
Allah, berdasarkan cahaya Allah, mengharapkan pahala Allah, meninggalkan
kederhakaan kepada Allah berdasarkan cahaya Allah serta takut kepada Allah."
Muhammad
bin Hunaif berkata: "Taqwa adalah menjauhi apa yang menjauhkan dirimu dari
Allah".
Asy-Syarif
al-Jurjani berkata: "Yang dimaksudkan dalam ketaaatan ialah memurnikannya
dan dalam kederhakaan ialah dengan meninggalkannya."
Sufyan
bin Ath-Thauri berkata: "Mereka dinamakan orang - orang yang bertaqwa,
kerana mereka takut kepada sesuatu yang biasanya tidak ditakuti".
Al-Hasan
al-Basri berkata: "Orang - orang yang bertaqwa itu adalah orang - orang
yang takut kepada apa - apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang
diwajibkan keatas mereka."
Seorang
penyair berkata:
"Berbekalkah
ketaqwaan,
kau tak
tahu saat malam berlalu,
adakah
ia menyisakan umur bagimu,
hingga
fajar datang menjelma,
berapa
ramai orang yang sakit,
meninggal
tanpa penyakit,
berapa
ramai yang sakit,
hidup
lama sepanjang hayat,
berapa
ramai remaja anak - anak belia,
memotong
perjalanan umurnya,
jasad
mereka terbujur lelap,
dikuburnya
yang hitam dan gelap,
berapa
ramai mempelai wanita,
berhias
untuk suami tercinta,
ajal
tak dapat lagi ditunda,
pada
saat malam pertama,
berapa
ramai muda dan mudi,
pagi
berasmara petang bersenang hati,
tiada
pengetahuan yang terpaut,
kain
kafannya sedang diraut(dijahit)."