‘Nabi’ adalah
manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat
untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala‘Rasul’ adalah
manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk
menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi
akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا
أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi,
Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan
pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45)
.
Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
nabi dan rasul terakhir umat manusia.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ
مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ
بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia
adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui
segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah 25 nabi
dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui,
namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun
kejadian dan peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah
mereka berlaku.
.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن
قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan Sesungguhnya
telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang
Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami
ceritakan kepadamu.” (QS. Ghafir : 78)
.
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi lebih
dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana disebutkan di dalam hadis
berikut :
.
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda ketika
ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh
empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?”
Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR
At-Tarmizi r.a.)
.
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ
﴿٦﴾
“Berapa
banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.”
(QS. Az Zukhruf : 6)
Bila
Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara
istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat beberapa catatan, rajah dan
analisa oleh para pengkaji sejarah tentang anggaran masa hidup para nabi,
lokasi di mana mereka tinggal dan beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan
keterangan, baik dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun
fakta-fakta sejarah.
Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi
mereka masing-masing :
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan
yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali
turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut
dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah.
Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh
para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim.
Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di
Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin
Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda
diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi
Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah
dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak
43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak
menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam
bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum
yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf,
Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan
diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih,
Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri
yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69
kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum
Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan
dan Baginda meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar
menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah
Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan
mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada
Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak
dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750
SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12
anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin
Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani
Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di
dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda
wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan
Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam
Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada
tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran,
Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam
Al-Quran. Mempunyai 26 anak. Baginda wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi
pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di
Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di
dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada
tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan
Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam
Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450
SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil
Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di
Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada
tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1
anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin
Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada
Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam
Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada
Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak
2 kali di dalam Al-Quran. Baginda tidak wafat tapi diangkat ke sisi
Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan
Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi
pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan
orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2
kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub.
Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di
Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman.
Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 91-31 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 8 kali
di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai seorang anak sahajan dan
Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin
Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 1SM –
31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali
di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud.
Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di
Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda
juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail
bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda
mempunyai 7 orang anak dan wafat di Madinah.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ
وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ
عَلِيمًا
“Bukanlah Nabi
Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan
(penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi
rujukan yang bermanfaat.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish
Shawab