Adakah
kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu
ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari
kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita;
umat akhir zaman.
Suasana
di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka
seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah
pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan
demikian.
Seulas
senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya
yang tenang berubah warna.
"Apakah
maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan
teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak,
wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan
saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami
juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian
baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku
tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat
mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada
anak-anak dan orang tua mereka."
Pada
ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan'
baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat,"
jawab sahabat.
"Bagaimana
para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir
dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para
sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana
para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin
kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana
kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau
begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab
seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau
kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku
sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah
seketika membisu.
Ada
berbaur kesayuan pada ucapannya itu.