‘Nabi’ adalah
manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat
untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala‘Rasul’ adalah
manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk
menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi
akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا
أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi,
Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan
pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45)
.
Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
nabi dan rasul terakhir umat manusia.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ
مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ
بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia
adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui
segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah 25 nabi
dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui,
namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun
kejadian dan peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah
mereka berlaku.
.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن
قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan Sesungguhnya
telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang
Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami
ceritakan kepadamu.” (QS. Ghafir : 78)
.
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi lebih
dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana disebutkan di dalam hadis
berikut :
.
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda ketika
ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh
empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?”
Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR
At-Tarmizi r.a.)
.
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ
﴿٦﴾
“Berapa
banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.”
(QS. Az Zukhruf : 6)
Bila
Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara
istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat beberapa catatan, rajah dan
analisa oleh para pengkaji sejarah tentang anggaran masa hidup para nabi,
lokasi di mana mereka tinggal dan beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan
keterangan, baik dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun
fakta-fakta sejarah.
Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi
mereka masing-masing :
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan
yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali
turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut
dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah.
Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh
para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim.
Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di
Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin
Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda
diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi
Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah
dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak
43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak
menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam
bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum
yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf,
Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan
diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih,
Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri
yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69
kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum
Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan
dan Baginda meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.