Di dalam
kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada
menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya
penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca
al-Quran dengan meneliti maksudnya
2)
Mengosongkan perut
3) Bangun
bersolat malam
4)
Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di
majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai
juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati
maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam
yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari
sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan
bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata
berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah
melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh
pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia
tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
Ketiga : Ramai
orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis,
atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana
hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat,
memang sangat berat.
Keempat : Ramai
juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan
Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk
menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan
jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang
bola.
Anda mau
menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah
: “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.