Untuk mengbimbing individu dalam urusan
bermasyarakat dan bernegara kesemua kumpulan termasuk ahli politik, korporat,
dan pentadbir, mereka perlu berusaha menghayati akhlak mulia dalam menjalani
tugasan dan kehidupan mereka. Islam mempunyai asas akhlaknya yang tersendiri.
Asas akhlak Islam bersumber daripada semangat falsafah tauhid. Akhlak membicara
mengenai sistem perilaku yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk manusia
dalam menjalani kehidupannya. Justeru itu kesemua kegiatan individu dalam urusan
bermasyarakat mengikut Islam perlu menepati garis akhlak yang telah ditentukan
oleh Allah s.w.t. Kemampuan individu mengharmonikan segala aspek kelakuannya
mengikut panduan akhlak akan membimbing individu tersebut kepada keserasian
hidupnya dengan fitrah kejadiannya. Natijah dari keserasian tersebut yang
memampukan individu tersebut memperoleh kemuliaan dan kejayaan hidup di dunia
dan seterusnya di alam akhirat.
Oleh itu, pembentukan individu dan masyarakat
berakhlak sangat dianjur oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. di utuskan untuk
menyempurna akhlak manusia. Penyempurnaan akhlak manusia dalam kesemua urusan
hidup mengikut Islam adalah syarat awal untuk menjamin masyarakat kepada
kecemerlangan dalam kesemua aspek kegiatan, termasuk usaha dalam membangun
negara.
²Satu kajian
berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan kebatilan
berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai satu bidang ilmu.
Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang
individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga
ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah
persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran
agama makinlah berakhlak individu tersebut.²Mengikut
Imam Al Ghazali akhlak adalah,
(Asy-Syams:
9-10)²Ilmu berkaitan
dengan roh, sifat-sifatnya dan ciri kelakuan manusia. Beliau dengan tegas
menyatakan bahawa akhlak adalah suatu ilmu amalan yang terpenting. Bagi beliau
seseorang yang gagal membimbing jiwanya tidak akan mampu mentadbir urusan
kehidupan orang lain. Beliau menyarankan bahawa kemantapan akhlak mesti bermula
dengan kefahaman berkaitan dengan jiwa, kuasanya dan sifat-sifatnya. Menguasai
ilmu tersebut merupakan syarat awal untuk menyuci jiwanya sebagaimana yang
disarankan oleh al-Quran: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan
jiwanya; Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.²Seterusnya Al Ghazali menerangkan
bahawa akhlak juga adalah
Manusia pada fitrahnya mengandungi sifat malakiah
dan bahimiah. Kedua-dua sifat yang sedia wujud pada diri manusia adalah penting
untuk dibangunkan. Islam tidak menganjur kepada penghapusan sifat bahimiah
dalam manusia. Bahkan Islam mahu sifat bahimiah ini terus dibina dengan
menuntut sifat malakiah mendidik dan membimbing sifat bahimiah. Sifat bahimiah
menyediakan tenaga untuk manusia bergiat dan membuat perubahan dan sifat
malakiah menjamin bahawa perubahan tersebut mengikut nilai akhlak yang dapat
membawa kepada kemajuan mutlak tercapai.
Shah Waliullah, seorang ulama dalam abad ke lapan
belas ada mengutara beberapa pokok asas akhlak yang dapat mengarah manusia
bermasyarakat dan bernegara ke mercu kemuliaan, iaitu ke arah kemampuan
menterjemah keadilan dalam kesemua urusan kehidupan manusia hingga terbangunnya
sebuah peradaban yang tinggi. Empat ciri asas akhlak tersebut adalah berikut:
• Taharah – Penyucian diri manusia dalaman dan
luaran. Individu Muslim digalakkan memiliki kesucian hati dan kebersihan
luaran. Kesucian hati meliputi nilai akhlak yang murni seperti amanah, jujur,
ikhlas, penyayang dan sebagainya. Kebersihan luaran meliputi sikap yang positif
seperti, disiplin, pemakaian yang kemas dan bersih, dan pertuturan yang
mempamerkan kesahsiah yang tinggi dan sebagainya. Memiliki nilai dalaman dan
luaran yang tersebut menjadi seseorang individu dapat menjalani urusan
bermasyarakat dengan berkesan dan penuh disiplin. Sifat keperibadian individu
yang mulia ini akan dapat memainkan peranan yang positif kepada kegiatan
kehidupan yang diceburi.
Asas ini mampu dibina melalui amalan ibadat yang
diwajibkan dan amalan sunat tambahan seperti solat tahjud, solat witir,
berzikir dan sebagainya, khususnya pada larut malam hingga hampir pagi.
Kesucian hati hanya akan dibina setelah hubungan erat dengan Allah s.w.t. kerap
diamalkan.
• Ikhbat – Menegap kebenaran melalui ketaatan
kepada Allah. Patuh dan cinta kepada kebenaran adalah satu daripada akhlak
induk. Mereka yang tidak patuh kepada Allah menolak kebenaran walaupun ia yakin
sesuatu itu benar. Sifat ini meletakkan nilai peribadi manusia supaya sentiasa
taat dengan penuh keyakinan bahawa tindakan menegak kebenaran adalah sesuatu
yang positif dan produktif kepada kemajuan diri dan segala urusan kehidupannya
termasuk menjalani urusan membangun negara. Justeru itu keilmuan dan kefahaman yang
benar akan mengawasi pandangan hidup dan segala tindak tanduk individu semoga
kesemua tindak tanduk tersebut menepati arahan Illahi.
Kealpaan dalam mendukung kebenaran manghasilkan
individu yang munafiq. Iaitu individu yang mana tindakannya berbeza dengan apa
yang dilafazkan. Jika sifat ini menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat, ia
adalah petanda awal kepada kemusnahan masyarakat terbabit.
• Samahah – Sifat bertolak ansur, pemurah hati dan
pemaaf. Sifat ini sangat perlu dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.
Keutuhan dan kestabilan dalam sistem bernegara akan dapat dicapai jika sifat
ini diamalkan oleh setiap ahli masyarakat. Semangat kerjasama dan muafakat
dalam melaksana urusan kehidupan bermasyarakat adalah faktor yang membawa
kepada kestabilan yang seterusnya ke arah pencapaian kemajuan masyarakat
negara. Masyarakat yang penuh dengan emosi yang di pengaruhi oleh nafsu
bahimiah dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk bekerjasama dalam
mengendali urusan kehidupan. Kemajuan sesebuah tamadun adalah usaha bersama
oleh setiap individu. Ini menepati sifat tabii kemanusiaan yang memiliki ciri
manusia sosial. Justeru itu sifat samahah adalah asas akhlak yang membawa
kepada suasana yang harmoni dalam mengendali urusan masyarakat dalam sesebuah
negara.
• Adalah – Bersifat insaf dan adil. Menghayati
semangat keadilan dalam kesemua aspek kehidupan merupakan kemuncak kepada
pembinaan tamadun manusia hasil daripada penghayatan ketiga-tiga asas akhlak
terdahulu seperti taharah, ikhbat dan samahah dan yang di miliki oleh seseorang
manusia. Keempat-empat asas akhlak ini berhubung rapat dan sifat adil adalah
paling di kehendaki oleh syariat.
Allah s.w.t. berfirman dengan maksud “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu)
berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah
melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi
pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”.
(An Nahl: 90)
Ciri asas akhlak di atas jika diamal dan
disepadukan dalam kesemua amalan kegiatan manusia termasuk kegiatan membangun
masyarakat dan negara akan membolehkan kemajuan dan kejayaan iaitu kemampuan
melaksanakan keadilan dalam menjalankan tugas. Kecapaian pelaksanaan semangat
keadilan dalam penyelenggaraan setiap amalan pembangunan masyarakat merupakan
kemuncak keutuhan sistem bermasyarakat dan bernegara, dan merupa syarat awal
kepada pembangunan sesebuah tamadun manusia.
Dalam usaha individu dan masyarakat menghayati
nilai keadilan, gulungan yang berilmu dikalangan masyarakat hendak memainkan peranan
yang berkesan. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: “Allah mengakui bahawa
sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadaNya dan malaikat mengakui dan
orang-orang berilmu yang tegak dengan keadilan”. (Ali ‘Imran: 18)
Malangnya pada masa kini pada umumnya masyarakat
memahami akhlak sebagai kelakuan baik yang menghasilkan kelakuan individu yang
boleh diumpamakan seperti individu yang lurus dan betul bendul. Pemahaman yang
sedemikian akan gagal memberi pengertian yang tepat tentang pentingnya akhlak
dalam membangun masyarakat. Jika asas akhlak difahami secara falsafah seperti
yang dihujahkan oleh Shah Waliullah sudah pasti usaha ke arah pemantapan akhlak
individu akan menjana ke arah kewujudan tamadun manusia yang mulia dan berdaya
maju. Nilai kemanusiaan sejati yang dituntut oleh Islam seperti mendukung
keadilan dan memupuk kasih sayang dikalangan umat manusia akan menjadi suatu
pendekatan kepada pembangunan masyarakat semasa.
Dari perspektif kemajuan ekonomi dan pembangunan
negara pendekatan yang diambil menepati semangat falsafah akhlak Islam akan
menjurus kepada pembangunan ekonomi dicapai melalui pendekatan keadilan sosial.
Keadilan sosial di sini bererti usaha ke arah pembasmian kemiskinan di beri
keutamaan. Ia diikuti dengan penghapusan segala unsur kezaliman dalam
perjalanan aktiviti ekonomi. Usaha ini akan mengurang jurang perbezaan di
antara yang kaya dan yang kurang bernasib baik. Turut diberi perhatian menepati
semangat keadilan ialah kemampuan negara meningkat keberkesanan dalam
pengaliran harta kekayaan negara semoga lebih banyak peluang ekonomi dapat
dicetus. Ini sekaligus menyelesaikan masalah penggangguran. Pendekatan keadilan
sosial dalam membangun ekonomi negara akan menjana kepada pertumbuhan ekonomi
dengan disertai kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan
tercapai.