Refleksologi membabitkan
urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik
berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh manusia. Apabila
seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada
sistem tubuh mereka. Jika tubuh seseorang itu mempunyai masalah, mereka
biasanya berasa sakit walaupun tekanan yang lembut dikenakan pada bahagian
tertentu di tapak kaki. Oleh itu, refleksologi adalah salah satu dari cara
untuk memulihkannya kerana selain dari berkesan ianya juga murah.
Kaitan
Antara Tubuh Manusia Dengan Urutan Kaki (Refleksologi)
Ramai
diantara kita tidak tahu apa kaitan urutan kaki dengan kesihatan tubuh manusia.
Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan
berkumpul pada kaki, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar
melalui sistem perkumuhan. Teknik refleksologi yang dibuat secara berjadual
misalnya seminggu sekali, bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin di dalam badan
tetapi dapat juga meringankan kaki yang lenguh.
Bagaimana
Toksin Terjadi
- Merokok
- Memakan daging merah yang diawet atau disejukbeku
- Radiasi daripada alatan elektronik. Contohnya komputer, h/phone & televisyen
- Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet dengan bahan kimia
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, perisa tambahan, bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman.
Kelebihan
Refleksologi
- Menyeimbangkan kedudukan badan
- Mengurangkan rasa letih
- Menguatkan otot kaki
- Mengurangkan masalah usus
- Menguatkan tulang
- Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
- Mengurangkan risiko tulang reput
- Melancarkan pengaliran darah
- Mengelakkan risiko sembelit
- Mengurangkan risiko sakit sendi
- Meningkatkan daya tahan individu
- Mengurangkan risiko kencing tidak lawas