Oleh
sebab itu, golongan wanita dijadikan sebagai alat untuk melahirkan anak lelaki
semata-mata dan mereka sama sekali tidak mahu zuriat dan keturunan mereka
melahirkan anak perermpuan sedangkan semua ciptaan dan makhluk (termasuk Allah
Taala mencipta lelaki dan perempuan untuk berpasang-pasangan) adalah urusan
Allah Taala. Jadi, golongan Arab Jahiliyyah itu sanggup menanam anak perempuan
mereka hidup-hidup di dalam padang pasir yang gersang kerana ingin menahan malu
dan menjaga maruah dan air muka serta mereka menganggap anak perempuan ini
pembawa sial dan malapetaka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka.
Allah
Taala telah berfirman di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 32 yang bermaksud, “Dan
janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah
berikan kepada sebahagian daripada kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi
sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat
kebesaran). (Kerana telah tetap) Orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa
yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa
yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan mohonlah kepada Allah akan
limpah Kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.” Berdasarkan keterangan ayat tersebut, kita dapat memahami bahawa
kebahagiaan hidup di dunia seperti pangkat dan kedudukan, harta dan segala
bentuk rezeki adalah datangnya daripada Allah Taala, dan semua nikmat dunia itu
bukannya datang daripada diri manusia itu sendiri. Ia adalah satu lumrah dan
kebiasaan manusia mendapat nikmat dunia itu melalui cara usaha dan ikhtiar yang
gigih melalui tangan-tangan mereka, namun keputusan akhirnya nikmat itu bisa
dinikmati oleh mereka hanya melalui keizinan atau kebenaran daripada Allah
Taala. Hal ini menunjukkan bahawa nyatalah ketidakadilan yang digunapakai oleh
golongan lelaki Arab Jahiliyyah dalam melabelkan golongan wanita sebagai
golongan yang membawa sial, pengaruh negatif dan nasib yang malang kepada
mereka dan salahnya golongan lelaki Arab Jahiliyyah itu dalam menginterpretasi
atau menafsirkan kedudukan golongan wanita itu sendiri.
Sesungguhnya,
Allah Taala telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud,“Wahai
manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki
dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu
di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah
al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)”. Mengikut firman
Allah Taala ini, kita dapat memahami bahawa penilaian manusia berdasarkan
jantina, berbangsa-bangsa dan bersuku kaum tidak sepatutnya berlaku kerana ia
merupakan ciptaan semulajadi Allah Taala telah anugerahkan kepada manusia.
Melalui
keterangan ayat itu juga, kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar bahawa
Allah Taala tidak menilai manusia berdasarkan sifat luaran dan fizikal mereka
ataupun bentuk material yang ada pada seseorang manusia itu, sebaliknya Allah
Taala menilai manusia berdasarkan hati dan perbuatannya. Di sini kita
istilahkan ia sebagai takwa. Takwa merujuk kepada sifat dalaman seseorang
manusia itu sama ada dia patuh ataupun tidak kepada perintah dan larangan Allah
Taala berpandu dan berlandaskan dua sumber utama dalam syariat Islam, Al-Quran
dan hadis. Maka, adalah tidak tepat golongan Arab Jahiliyyah mendiskriminasikan
kaum wanita hanya disebabkan sifat fizikal mereka yang lemah dan tidak sekuat
orang lelaki dan manakala sifat dalaman mereka yang lemah-lembut dan penyayang
mengikut fizikal mereka.
Menurut
keterangan dan penjelasan yang lain pula, Rasulullah SAW telah mengangkat
kedudukan dan martabat kaum wanita pada zaman Jahiliyyah itu dan mengembalikan
hak-hak mereka semula mengikut syariat Allah Taala, iaitu agama Islam dan di
situlah berkembangnya ajaran Islam yang harmoni, aman dan adil kepada semua
manusia. Mengikut sejarah Islam, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW
mula berkembang melalui golongan hamba, fakir miskin dan mereka yang ditindas
serta dizalimi oleh sistem kabilah puak Arab Jahiliyyah yang ternyata tidak
adil kepada golongan yang lemah seperti wanita, orang tua dan anak-anak kecil yang
tidak berdosa. Kita sebagai manusia yang hidup pada zaman kini seharusnya
bersyukur kepada Allah Taala dan memperingati dan perjuangan yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW serta mereka-mereka yang memperjuangkan hak wanita pada
zaman ketika dulu. Tanpa perjuangan yang dibawa oleh Nabi kita, Rasulullah SAW,
kita tidak mungkin dapat menikmati hak-hak untuk lelaki dan wanita
bertunjangkan agama Islam yang hakiki.
Kita
menyedari hakikat bahawa wanita adalah kaum yang lemah, sensitif dan berhati
penyayang dan disebabkan sifat semulajadi yang terdapat di dalam diri setiap
wanita itulah menyebabkan mereka sering dipergunakan dan diperalatkan oleh
golongan tertentu dan tidak bertanggungjawab. Maka, Allah Taala sebagai
pencipta alam dan langit semesta telah mengutuskan Rasulullah SAW dengan tujuan
utama untuk memperbaik dan memperelokkan akhlak dan budi pekerti manusia. Hal
ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya aku
(Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Melalui keterangan hadis
ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang
mementingkan perilaku yang baik, adab sopan yang tinggi dan berakhlak dengan
sifat Mahmudah atau terpuji.
Kedatangan
agama ISLAM sebagai agama pembawa rahmat, kasih sayang dan belas kasihan kepada
semua manusia melalui utusan Allah Taala, Nabi Muhammad SAW adalah untuk
menghapuskan budaya dan sistem diskriminasi, perkauman dan tanggapan prejudis
masyarakat Arab Jahiliyyah yang wujud pada zaman itu. Hal ini disebabkan masyarakat
mereka pada masa itu sering merendah-rendahkan dan memperkotak-katikkan
kedudukan wanita sehingga golongan wanita itu dianggap tidak berharga dan tiada
nilai sedikit pun di sisi masyarakat khususnya pada golongan lelaki Arab
Jahiliyyah.
Sebagai
kesimpulannya, setiap diri manusia hendaklah berlaku adil kepada diri manusia
yang lain mengikut konteks yang termaktub di dalam Al-Quran dan hadis Nabawi.
Keadilan tanpa mengenal jantina, suku kaum dan puak, warna kulit, bangsa dan
sebagainya merupakan satu keadilan yang sebenar-benarnya dan keadilan
sebeginilah yang mempengaruhi dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan
manusia. Dengan ini, kedudukan wanita dalam Islam mahupun seluruh dunia
diangkat tinggi setaraf sama seperti golongan lelaki dan apa yang membezakan
antara dua golongan itu hanyalah TAKWA.
MAKNUNAH
BINTI TAIB
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)