Agak menarik bagi saya info nih..sebabnya saya pun
kidal
Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung
menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7
billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai
otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang
iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan
otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak
sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan,
bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung
menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan,
emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu
kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai
otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang
iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan
otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan
kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan
sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan
kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih
bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan
kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun
malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan
bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya
khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan :
“Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang
menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan
adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan
mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang
kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya
mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan
kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal
)
2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll
) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat
kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu
faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting,
senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan
dapur, dan lain-lain.
Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi
meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu
yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal
dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam
aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang
berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang
menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah
tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan
untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka
lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed
products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and
utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a
lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua
individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama
lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja
yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang
dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan
pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan
menentang pahlawan kidal.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam
aspek:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk
dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua
ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt.
mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen
yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan
didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data
peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg.
ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan
mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal
Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu
ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan
pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa
menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan
seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam
semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu
juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan
tangan kanan secara puratanya.
Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi
kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90%
otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan
secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa
yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian
otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan
tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka
menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan
semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas
buat kerja.
Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama
Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan
kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai
kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni
selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna
tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.