Syaaban Dan Kelebihannya


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.
Begitulah hebatnya ganjaran apabila kita perbanyakkan membaca selawat di bulan Syaaban. Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan Syaaban tetapi cukuplah aku kongsikan satu yang penting amalkan dengan Istiqamah. Jangan lupa Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban

Syaaban

Pendahuluan
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Peristiwa Penting

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Kedudukan Wanita Di Dalam Islam

      Sejak zaman dahulu lagi, kedudukan wanita di seluruh dunia sering menjadi perdebatan umumnya dalam aspek keagamaan dan hal ini dapat diterjemahkan melalui kedudukan wanita itu sendiri pada zaman Jahiliyyah (zaman sebelum kedatangan agama Islam). Pada ketika itu, golongan Arab Jahiliyyah amat mementingkan kekuasaan dan kemuliaan kaum lelaki dan mereka menganggap bahawa hanya kaum lelaki sahaja yang berhak dan layak untuk mengetuai sesuatu puak atau kabilah yang boleh memimpin pengikut-pengikutnya.
              Oleh sebab itu, golongan wanita dijadikan sebagai alat untuk melahirkan anak lelaki semata-mata dan mereka sama sekali tidak mahu zuriat dan keturunan mereka melahirkan anak perermpuan sedangkan semua ciptaan dan makhluk (termasuk Allah Taala mencipta lelaki dan perempuan untuk berpasang-pasangan) adalah urusan Allah Taala. Jadi, golongan Arab Jahiliyyah itu sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup di dalam padang pasir yang gersang kerana ingin menahan malu dan menjaga maruah dan air muka serta mereka menganggap anak perempuan ini pembawa sial dan malapetaka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka.
             Allah Taala telah berfirman di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 32 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian daripada kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) Orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan mohonlah kepada Allah akan limpah Kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Berdasarkan keterangan ayat tersebut, kita dapat memahami bahawa kebahagiaan hidup di dunia seperti pangkat dan kedudukan, harta dan segala bentuk rezeki adalah datangnya daripada Allah Taala, dan semua nikmat dunia itu bukannya datang daripada diri manusia itu sendiri. Ia adalah satu lumrah dan kebiasaan manusia mendapat nikmat dunia itu melalui cara usaha dan ikhtiar yang gigih melalui tangan-tangan mereka, namun keputusan akhirnya nikmat itu bisa dinikmati oleh mereka hanya melalui keizinan atau kebenaran daripada Allah Taala. Hal ini menunjukkan bahawa nyatalah ketidakadilan yang digunapakai oleh golongan lelaki Arab Jahiliyyah dalam melabelkan golongan wanita sebagai golongan yang membawa sial, pengaruh negatif dan nasib yang malang kepada mereka dan salahnya golongan lelaki Arab Jahiliyyah itu dalam menginterpretasi atau menafsirkan kedudukan golongan wanita itu sendiri.

Berkati Umur Dengan 4 Perkara

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.

Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu. Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Photos of Brightly Colored Birds

Fantastic Fox Pictures

Surreal Seascapes by Kieran O’Connor

Kelebihan Orang Kidal


Agak menarik bagi saya info nih..sebabnya saya pun kidal
Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

Titik Refleksologi


Organ dalam badan kita mempunyai sensori/deria masing-masing dan akan terefleks apabila disentuh di bawah tapak kaki. Ini dinamakan titik-titik refleks yang berhubung terus dengan orang-organ utama badan. Selepas titik-titik ini diurut, kita akan merasa lega daripada sakit. Jika terdapat sesuatu penyakit di organ tertentu, bahagian tapak kaki yang menjadi refleks organ tersebut akan terasa sakit semasa diurut. Teruskan urutan sehingga rasa sakit itu berkurangan….. alami sendiri apa yang anda rasa selepas urutan refleks ini! Untuk penyakit ringan atau lenguh-lenguh badan atau untuk penjagaan kesihatan yang baik, anda boleh melakukannya sendiri tanpa perlu pergi ke pusat-pusat refleksologi.
pusat refleksologi

Urutan Refleksologi


Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh manusia. Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Jika tubuh seseorang itu mempunyai masalah, mereka biasanya berasa sakit walaupun tekanan yang lembut dikenakan pada bahagian tertentu di tapak kaki. Oleh itu, refleksologi adalah salah satu dari cara untuk memulihkannya kerana selain dari berkesan ianya juga murah.

Kaitan Antara Tubuh Manusia Dengan Urutan Kaki (Refleksologi)
Ramai diantara kita tidak tahu apa kaitan urutan kaki dengan kesihatan tubuh manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Teknik refleksologi yang dibuat secara berjadual misalnya seminggu sekali, bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin di dalam badan tetapi dapat juga meringankan kaki yang lenguh.

Gerhana Bulan 2012

5 June 2012
5 June 2012
6 June 2012

Antara Peninggalan Rasulullah SAW

tapak kaki nabi Muhammad SAW
makam nabi Muhammad SAW
Surat nabi Muhammad SAW
Janggut nabi Muhammad SAW
Kunci rumah nabi Muhammad SAW
Pedang untuk berperang

Rahsia Telapak Tangan



Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita... Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya .. 




Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan anda Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la! 

1. Garis Kehidupan 
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung. 

2. Garis kecergasan 
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah. 

3. Garis hati/cinta 
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


PENGENALAN
1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -
(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.
(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.
(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.
(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.
2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.
3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

BULAN REJAB MENURUT AL-QURAN
Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)
Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.
Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.
Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)
Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.