UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN



Tempoh Permainan
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.


Rehat Separuh Masa
  • Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa.
  • Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit.
  • Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh masa.
  • Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan Pengadil.
 Peruntukan Masa Terbuang

Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui:
• penggantian
 • menilai kecederaan pemain
 • mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan
 • membuang masa
 • sebab-sebab lain

Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara Pengadil.


Sepakan Penalti

Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.

Pembatalan Perlawanan

Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.