TAFSIR BIR-RIWAYAH
Dikenali juga sebagai Tafsir Bil Ma’thur.
Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, hadith dan atsar. Perlu diteliti kerana ada hadith dan atsar yang disandarkan kepada ahli kitab ataupun perawi Syiah.
Contoh: Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Jarir at-Tabari dan Tafsir Imam as-Sayuti.
TAFSIR BID-DIRAYAH
Dikenali juga sebagai Tafsir Bir Ra’yi dan Bil Ma’qul. Mentafsirkan al-Quran berdasarkan ijtihad.
Contoh: Tafsir ar-Razi, Tafsir Baidhawi, Tafsir Ibnu Khazin, Tafsir an-Nasafi, Tafsir al-Alusi (Ruhul Ma’ani) dan Tafsir aj-Jalalain.
TAFSIR AL-ISYARI
Menta’wil al-Quran dengan maksud yang berbeza dengan maksud tersurat sesuatu lafaz ataupun ayat.
Ada isyarat-isyarat yang hanya dapat difahami oleh ahlinya.
Contoh: Tafsir at-Tusturi, Tafsir Ibnu Arabi dan Tafsir al-Alusi.