Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita
Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan
Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW
bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari
Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah
Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang
lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda
Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit
matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari
itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi
Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada
hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah
kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua
Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa
di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu
kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya
daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada
kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW
daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang
bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia
berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan
isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa
al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar
r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga
solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula
mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud,
An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam)
dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama
tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)