Diantara
amalan yang baik pada hari Jumaat yang selalu disebutkan iaitu "Bacalah Surah Al-Kahfi (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat diterangkan
baginya daripada nur barang yang antara dua Jumaat."
Juga
bacalah Yasiin (Sabda Rasulullah SAW: "Tiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran itu ialah
Yasiin. Sesiapa membaca Yasiin sekali disunatkan Allah Taala baginya seperti ia
membaca Al-Quran sepuluh kali)."
Juga
fadhilat Surah Haa Min Ad-Dukhan jika dibaca (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Surah Haa Min Ad-Dukhan pada malam Jumaat
atau siangnya nescaya dibina oleh Allah baginya rumah di dalam syurga)."
Dan
sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Alif Lam
Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulk pada malam Jumaat
nescaya dicatatkan baginya tujuh puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya
tujuh puluh kejahatan dan diangkatkan baginya tujuh puluh darjat)."
Setidak-tidaknya
hendaklah seseorang itu membaca surah Al Ikhlas sebanyak mungkin. Fadhilatnya seperti
Sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca Qulhuwallah
3 kali maka seolah-olah ia membaca Al-Quran keseluruhannya."
Sabda
Rasulullah SAW: "Siapa membaca
Qulhuwallahu ahad 1000 kali, maka bererti ia membeli diri (menebuskan diri)
daripada api neraka."
Banyakkan
salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Fadhilat daripada membaca seperti
sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca salawat ke
atasku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, nescaya Allah mengampunkan dosanya
lapan puluh tahun."
Kepada
orang lelaki yang solat Jumaat hari ini. Selesai solat Jumaat, disunatkan baca
7 kali, Al-Fatihah. 7 kali Surah Al-Ikhlas, 7 kali Surah Al- Falak dan 7 kali
Surah An Nas dengan syarat belum bercakap-cakap dengan sesiapa pun. Pada satu
riwayat menyatakan bahawa Allah SWT memeliharakan akan agamanya, dunianya, ahli
keluarganya. SubhanAllah. Mari lakukan semua amalan-amalan diatas ini.
Wasallam.