Monsun
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun
iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur
Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat
terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat
Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering.
Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan
monsun.
Apakah Monsun?
Perkataan "monsun" berasal daripada
perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno
yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini
bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah
timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu
angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.
Apakah yang Menyebabkan Monsun?
Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di
antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa
musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan
suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera
meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di
Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin
barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di
perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.
Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang
kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau
siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan
laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur
Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.
Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat
meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik,
kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang
berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar
menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya
bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan
barat-laut Pasifik.
Ciri-ciri Monsun
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan
utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan
udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan
banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu,
Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak
|
||
Berikut ialah jangkaan hujan bulanan maksimum:
|
||
Kelantan, Trengganu
|
600 mm (November)
|
|
Pahang dan timur Johor
|
600 mm (Disember)
|
|
Sarawak
|
400-700 mm (Januari)
|
|
Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih
kering bagi seluruh negara kecuali di Sabah. Pada musim ini, kebanyakan negeri
mengalami hujan bulanan minimum, biasanya diantara 100 - 150mm. Keadaan ini
melambangkan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di
Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh
banjaran gunung di Sumatra. Sabah secara relatifnya lebih lembab (melebihi
200mm) akibat daripada kesan ekor dari taufan yang kerap melintasi Filipina dalam
perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan sekitarnya.
Semasa musim perantaraan monsun, angin adalah
sepoi-sepoi. Di waktu pagi, langit biasanya cerah dan ini membantu pembentukan
ribut petir di sebelah petang. Di negeri-negeri pantai barat Semenanjung
Malaysia, ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang tinggi pada
kedua-dua musim perantaraan monsun.
Nasihat dan Amaran Cuaca.
Jabatan Meteorologi Malaysia memonitor dengan
rapinya situasi perubahan cuaca dan mengeluarkan kenyataan, nasihat dan amaran
cuaca bila keadaan memerlukan. Kategori-kategori bagi nasihat dan amaran monsun
adalah seperti berikut :
Nasihat Hujan Lebat
|
dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat
akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
|
Amaran Hujan Lebat
|
dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan
ketentuan hujan lebat akan berlaku.
|
Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora
|
dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang
dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48
jam.
|
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora
|
dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan
ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.
|
Nasihat dan amaran cuaca ini diterbitkan di dalam
surat khabar dan juga disiarkan melalui radio dan televisyen.
Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Lembap
Sebelum Monsun ....
|
||
Sentiasa dengar siaran radio dan televisyen untuk
amaran angin kencang dan laut bergelora.
|
||
Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah
rosak disimpan secukupnya.
|
||
Bersihkan longkang dan parit daripada tersumbat.
|
||
Semasa Monsun
|
||
Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang
beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
|
||
Jangan memandu ke kawasan banjir. Jauhi daripada
melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
|
||
Ikut arahan pihak berkuasa bencana alam.
|
||
Bersedia untuk berpindah jika diarahkan sekiranya
kita tinggal di kawasan sepanjang pantai, dekat sungai atau kawasan rendah.
|
||
Pastikan kenderaan diletakkan di tempat tinggi dan
segala harta lain terjamin atau terpelihara daripada hilang dan dimusnahkan
air.
|
||
Elakkan daripada pergi ke laut dengan bot atau
kapal kecil.
sumber : Malaysian Meteorological Department
|