Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta
rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat
pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang
tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.
1. Ketagih Facebook
Ini banyak kali kita dengan dimana
rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan
facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik
dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat
bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses
internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah
tangga di FB anda.
2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu atau scammer mula mengalihkan modus
operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa
mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan
lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka
sebelum menipu.
3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi Facebook, penggunanya boleh
membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini
mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini
untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti
alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi
aplikasi FB.
4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi
yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile
Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan
maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh
digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik
orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku
pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika
Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.
5. Mengurangkan Prestasi Kerja
Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook
boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa
diluangkan dengan Facebook menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan
menyebabkan prestasi kerja akan menurun.
6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah
Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah.
Dengan fungsi viral yang ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah
boleh disebabkan dan tersebar dengan cukup pantas.
7. Pasangan Curang
Sekarang cerita tentang suami/isteri curang
disebabkan semakin menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh
mencari kembali rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta
kembali berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa
yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes
penceraian disebabkan oleh Facebook ini.
8. Perangsang Masalah Sosial Remaja
Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada
gejala sosial yang serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah
kepada dunia luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu
bapa perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak
anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet tetapi
tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.
9. Buli Siber
Istilah buli siber atau cyber bully ini masih
tidak cukup dikenali di Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka
sesuka hati di facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang
memberikan gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian
mengugut untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka
mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.
10. Kecurian Identiti
Dengan facebook, kecurian identiti sangat
merbahayakan. Ini adalah kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan
melakukan jenayah. Sebelum ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam
akaun Facebook mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan
anda dan meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada
seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun
lepas.
Inilah antara bahaya facebook yang perlu anda
ambil perhatian. Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini.
Diharap anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan
juga mangsa bahaya facebook ini.
Sumber
:http://www.shamsuriyadi.com