Facebook Ancaman Dalam Diam


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ancaman kepada rumahtangga kini tidak hanya datang daripada orang ketiga. Laman sosial seperti facebook juga telah menjadi ancaman kepada sesebuah pernikahan. Sepuluh tahun yang lalu mungkin kita tidak pernah terfikir, internet boleh merosakkan sesebuah perhubungan. Tapi kini, facebook dan laman sosial yang lain, dalam diam-diam menjadi ancaman yang boleh menganggu gugat kebahagiaan anda. Memang banyak manafaat yang dapat diperoleh dengan bersosial di laman-laman sosial ini. Ada yang mendapatkan jodoh, peluang bises, dan bertemu teman lama. Namun bagi pasangan yang sudah berumahtangga sebaiknya mengamalkan tips2 seperti dibawah:

1.   Demi mengelakkan perasaan curiga, tak ada salahnya memberitahu password dan user name kepada pasangan anda. Apalagi jika hal tersebut memang ditanya oleh pasangan. Apabila anda berasa berat untuk memberinya, bererti memang ada yang salah dengan facebook anda! Dan jika tidak keberatan, adalah digalakkan untuk sama2 berkongsi satu facebook sahaja.

2.   Berfikirlah baik-baik sebelum mengganti gambar profil anda di facebook. Sebagai seorang yang sudah berumahtangga, pastikan gambar tersebut tidak menyinggung atau membuat pasangan anda marah. Jika pasangan tidak suka anda meletakkan gambar yang agak seksi, sebaiknya hindari daripada meletakkan gambar sedemikian. Jika tidak keberatan, meletakkan gambar anda berdua dengan pasangan sebagai gambar profil juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyenangkan pasangan sekaligus mengurangi ‘risiko’ godaan di facebook.

3.   Jangan menerima friend request dari orang-orang yang tidak dikenal, terutamanya yang berlawanan jantina. Banyak info tentang diri anda di facebook. Oleh itu, pastikan anda mengenal siapa saja yang boleh mengakses maklumat tentang diri anda.


4.   Jika Anda masih menyimpan perasaan, sama ada cinta mahu pun luka lama pada bekas kekasih, sebaiknya jangan masukan mereka di dalam friendlist. Update-update terbaru tentang mereka yang muncul di wall anda boleh membuat perasaan yang tersimpan itu tidak akan pernah hilang. Pemilihan rakan di facebook adalah hak anda sepenuhnya. Anda tidak perlu rasa bersalah untuk menolak friend request.


5.   Hindari status facebook yang terlalu membuka rahsia rumahtangga. Sekali-sekala tak ada salahnya bercerita tentang surprise yang diberi oleh pasangan atau cerita mengenai percutian anda berdua. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana akan membuat orang lain terganggu [annoying]. Keburukan pasangan, cerita mengenai pertengkaran, atau masalah keluarga adalah hal-hal yang sebaiknya tidak menghiasi status facebook anda.

Facebook merupakan laman yang bermanfaat jika digunakan secara baik. Jadi, amalkanlah tips2 di atas agar pernikahan anda tidak musnah hanya kerana facebook!