Laman Sesawang ??

Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu II


1) Leka Dengan App Yang Disediakan
Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.

2) Melalaikan
Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.

3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.

4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama
Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…

5) Luahan Di Wall
Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradik ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.
Kepada pasangan yang telah berkahwin pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu I


Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.
1. Ketagih Facebook
Ini banyak kali kita dengan dimana rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah tangga di FB anda.
2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum menipu.
3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi aplikasi FB.
4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.

Facebook Ancaman Dalam Diam


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ancaman kepada rumahtangga kini tidak hanya datang daripada orang ketiga. Laman sosial seperti facebook juga telah menjadi ancaman kepada sesebuah pernikahan. Sepuluh tahun yang lalu mungkin kita tidak pernah terfikir, internet boleh merosakkan sesebuah perhubungan. Tapi kini, facebook dan laman sosial yang lain, dalam diam-diam menjadi ancaman yang boleh menganggu gugat kebahagiaan anda. Memang banyak manafaat yang dapat diperoleh dengan bersosial di laman-laman sosial ini. Ada yang mendapatkan jodoh, peluang bises, dan bertemu teman lama. Namun bagi pasangan yang sudah berumahtangga sebaiknya mengamalkan tips2 seperti dibawah:

1.   Demi mengelakkan perasaan curiga, tak ada salahnya memberitahu password dan user name kepada pasangan anda. Apalagi jika hal tersebut memang ditanya oleh pasangan. Apabila anda berasa berat untuk memberinya, bererti memang ada yang salah dengan facebook anda! Dan jika tidak keberatan, adalah digalakkan untuk sama2 berkongsi satu facebook sahaja.

2.   Berfikirlah baik-baik sebelum mengganti gambar profil anda di facebook. Sebagai seorang yang sudah berumahtangga, pastikan gambar tersebut tidak menyinggung atau membuat pasangan anda marah. Jika pasangan tidak suka anda meletakkan gambar yang agak seksi, sebaiknya hindari daripada meletakkan gambar sedemikian. Jika tidak keberatan, meletakkan gambar anda berdua dengan pasangan sebagai gambar profil juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyenangkan pasangan sekaligus mengurangi ‘risiko’ godaan di facebook.

3.   Jangan menerima friend request dari orang-orang yang tidak dikenal, terutamanya yang berlawanan jantina. Banyak info tentang diri anda di facebook. Oleh itu, pastikan anda mengenal siapa saja yang boleh mengakses maklumat tentang diri anda.


4.   Jika Anda masih menyimpan perasaan, sama ada cinta mahu pun luka lama pada bekas kekasih, sebaiknya jangan masukan mereka di dalam friendlist. Update-update terbaru tentang mereka yang muncul di wall anda boleh membuat perasaan yang tersimpan itu tidak akan pernah hilang. Pemilihan rakan di facebook adalah hak anda sepenuhnya. Anda tidak perlu rasa bersalah untuk menolak friend request.

10 Kelebihan Kalimah La Ilaha Illallah


01- La Ilaha Illallah adalah harga Syurga
.
02- La Ilaha Illallah adalah memastikan keampunan.

03- La Ilaha Illallah adalah kebaikkan terbaik.

04- La Ilaha Illallah adalah penghapus dosa dan segala kesalahan.

05- La Ilaha Illallah adalah sebagai memperbaharui iman yang pudar.

06- La Ilaha Illallah adalah pengangkat hijab sampai kepada Allah SWT.

07- La Ilaha Illallah adalah zikir yang paling afdhal.

08- La Ilaha Illallah adalah pendinding daripada syaitan.

09-  La Ilaha Illallah adalah penyelamat daripada neraka.

10- La Ilaha Illallah adalah penolong.

Kemudan Yang Memudaratkan


Facebook, Blog, Handphone 3g, dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengindahkan dan memudahkan lagi kehidupan seharian kita di abad ini. Banyak perkara menjadi pantas dan segera dengan adanya pelbagai gadjet yang ada di pasaran.
Walaupun kedudukan seorang berada di selatan, beribu batu jaraknya dan seorang laginya berada di utara, dengan kecanggihan yang ada kedua-duanya dapat berhubung dengan mudah tanpa perlu bersusah payah menempah tiket untuk sebuah pertemuan. Murah dan cepat! 

Alhamdulillah, pada mereka yang memilihnya sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain, meluaskan hubungan dan jaringan (network), merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. Namun , adalah amat mengecewakan apabila kecanggihan teknologi ini lebih menjadikan penggunanya banyak membuang masa, chatting yang tiada hadnya dengan isi perbincangan yang lebih ke arah 'merapuh' dan sia-sia. Hanya 'borak kosong' sebagai kesimpulan dan point ceritanya. Hal ini, sebenarnya  meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna yang mejotirinya banyak berlaku di kalangan anak-anak muda. 
Di sebalik kebaikan padanya juga ada keburukan. Semuanya terletak pada diri pengguna itu sendiri sejauh mana ianya digunakan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana semakin ianya mudah untuk menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain, maka semakin besarlah cabaran yang tersedia. 

Dengan kemudahan komunikasi yang semakin meluas, ianya juga seakan memberi ruang kepada 'syaitan' untuk menyelinap di hati, membakar-bakar emosi dan nafsu yang pada mereka yang suka mencuba. Daripada cubaan 'berkenal-kenalan' sehinggalah cubaan ke fasa yang lebih menyeronokkan. Pada mulanya 'bersendirian' dan apabila adanya 'pertemuan' demi 'pertemuan', maka tidak mustahil akan ada pula adengan yang mungkin sahaja lebih 'berani' dilakukan.