Karya agung
Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis,
dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme,
nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral, dan visi bangsanya.
Kesemuanya itu digambarkan dalam bentuk sastera dan seni yang tinggi niainya
sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda
kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu banyak terbentuk daripada tradisi
sastera agung ini. Karya agung Melayu bererti karya yang ditulis atau
diungkapkan dalam bahasa Melayu. Karya-karya ini termasuklah pepatah, pantun, penglipur
lara dan lain-lain. Ia tidak mengambil kira kelompok bangsa atau etnik dalam
kawasan dunia Melayu ini sama ada orang semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Aceh,
Bugis, Minangkabau dan lain-lain. Sempadan geogerafi tidak menjadi persoalan,
sebaliknya pemikiran yang mampu dicetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar
biasa, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa
Melayu turun-temurun itu yang
diutamakan.
Antara karya-karya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang tokoh yang berilmu pada zamannya iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskhah tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja. Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah yang melibatkan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Selain itu, Hikayat Hang Tuah yang dikarang sekitar tahun 1641 hingga 1736 yang merupakan satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini iaitu ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Karya-karya agung yang lain adalah seperti Tuhfat al- Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Syair Ken Tambuhan, Bustan al-Katibin, Hikayat Inderaputera dan Pantun Melayu : Bingkisan Permata.
Antara karya-karya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang tokoh yang berilmu pada zamannya iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskhah tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja. Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah yang melibatkan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Selain itu, Hikayat Hang Tuah yang dikarang sekitar tahun 1641 hingga 1736 yang merupakan satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini iaitu ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Karya-karya agung yang lain adalah seperti Tuhfat al- Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Syair Ken Tambuhan, Bustan al-Katibin, Hikayat Inderaputera dan Pantun Melayu : Bingkisan Permata.
Senarai Karya
Agung
1. Sulalatus Salatin
2. Hikayat Hang Tuah
3. Tuhfat Al-Nafis
4. Hikayat Merong Mahawangsa
5. Hikayat Raja Pasai
6. Hikayat Raja Aceh
7. Pantun Melayu : Bingkisan Permata
8. Syair Ken Tambuhan
9. Undang-undang Melaka
10. Hikayat Abdullah
11. Cerita Lipur Lara
12. Bustan al-Katibin
13. Cerita Jenaka Melayu
14. Hikayat Panji Jayeng Kusuma
15. Hikayat Inderaputera
Nama sebenar
Abdullah Munsyi ialah Abdullah bin Abdul Kadir. Beliau dilahirkan di Kampung
Masjid yang juga disebut Kampung Pali oleh orang –orang keling pada tahun 1976
dan meninngal di Jeddah pada tahun 1854. Beliau merupakan anak bongsu daripada
empat adik- beradik seibu sebapa. Ketiga- tiga abangnya telah meninggal sewaktu
kecil iaitu semasa berumur setahun, dua tahun dan tiga tahun. Semasa kecil
Abdullah sering sakit terutama selepas usianya menjangkau empat bulan. Lantaran
kesihatannya yang tidak pernah memuaskan dan ibu bapanya dikatakan tidak serasi
membelanya, Abdullah dijual kepada orang lain beberapa kali. Hal demikian
menyebabkan kesihatan ibunya terjejas dan menyebabkan dia tidak dapat
menyusuinya. Lantaran itu, Abdullah disusui oleh orang lain.
Riwayat hidup Abdullah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu iaitu sewaktu
kecil, sehingga Abdullah belajar mengaji di Melaka kira-kira usia 7 tahun.
Peringkat kedua sewaktu Abdullah mula bekerja sebagai guru agama, guru bahasa,
jurutulis Tuan Raffles dan masih berulang alik ke Melaka. Abdullah Munsyi
berasal daripada keturunan Arab dan India serta keluarga yang terpelajar. Bapa
Abdullah merupakan seorang yang sangat mementingkan pelajaran. Dia amat bimbang
dengan kebolehan Abdullah mengaji dan membaca kerana pada usia 7 tahun Abdullah
masih belum dapat menghabiskan satu juz mengaji al- Quran. Abdullah sering
memprotes dengan tindakan bapanya itu kerana dia tidak dapat bermain seperti
kanak- kanak yang lain namun tidak dipedulikan oleh bapanya. Walaupun Abdullah
anak tunggal ibu bapanya, namun dia tidak pernah dimanjakan oleh kedua ibu
bapanya. Bapanya tidak pernah memuji perbuatan Abdullah walaupun perkara
tersebut memuaskan hatinya.
Abdullah juga merupakan seorang yang pandai dan cepat dalam memahami pelajaran
yang diajar oleh gurunya. Beliau juga pandai dalam mengaji al- Quran melebihi
kepandaian rakan- rakannya yang lain. Disebabkan kepandaian yang dimiliki
tersebut, beliau dijadikan sebagai khalifah di tempat mengaji. Gelaran “Munsyi”
yang membawa makna “guru” itu diperoleh sewaktu dia berusia sebelas tahun.
Beliau juga mendapat gelaran ‘munsyi’ sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada
askar- askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru
bahasa, Abdullah Munsyi juga menjadi guru agama, penterjemah, wartawan dan
jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Pada usia yang muda itu, beliau menerima
upah menulis surat dan menyalin naskah al- Quran dan melayakkan beliau menjadi
guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar- askar Islam di Melaka.
Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bahasa. Beliau juga
mempelajari bahasa Tamil dan bahasa Arab selain daripada mempelajari bahasa
Melayu. Abdullah juga mempelajari bahasa Inggeris daripada paderi- paderi
Inggeris. Beliau merupakan seorang yang gigih dalam mempelajari seuatu ilmu.
Dia telah mendalami al- Quran dengan seorang yang berbangsa Arab dan mendalami
bahasa Melayu dengan seorang yang juga berbangsa Arab. Semasa berusia 27 tahun,
Abdullah telah mengajarkan bahasa Melayu kepada Tuan Milne yang merupakan
seorang paderi Inggeris yang datang ke Melaka. Selain itu, Abdullah juga
belajar dengan Tuan Doktor Marrison yang pandai berbahasa Cina. Abdullah telah
belajar menggunakan alat cap huruf dengan Tuan Medhurst dan Tuan Thomsen ketika
menjadi guru bahasa. Buku yang pertama yang dicap dengan menggunakan alat ini
ialah Sepuluh Hukuman yang Diberikan Allah kepada Nabi Musa dan Vocabulary
Melayu- Inggeris.
Selain itu, Abdullah juga telah mengikuti pelajaran di maktab yang telah
didirikan oleh Tuan Milne yang diberikan nama Anglo Chinese College. Beliau
juga telah berusaha untuk mendorong orang lain untuk bersama- sama belajar di
maktab tersebut. Namun, mereka tidak menghiraukan ajakan Abdullah, malah mereka
menggelarkan Abdullah sebagai “Abdullah Paderi” bagi menyakiti hati Abdullah.
Walaupun begitu, beliau tetap dengan pendiriannya untuk terus belajar. Abdullah
Munsyi telah mendirikan rumah tangga sewaktu beliau berusia 34 tahun iaitu
setelah lebih kurang tujuh tahun dia belajar dan bekerja dengan orang- orang
Inggeris. Beliau kemudian telah dikurniakan seorang cahaya mata setelah
beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Abdullah meneruskan kerjanya mengajar bahasa Melayu kepada Tuan Thomsen dan
orang Inggeris yang lain disamping menterjemahkan Injil Matius ke dalam bahasa
Melayu. Tuan Thomsen telah dilantik menjadi pengetua Anglo Chinese College
apabila Tuan Milne meninggal dunia. Abdullah pernah diberi kepercayaan untuk
memangku tugas Pengetua Anglo- Chinese College setelah pengetua kolej ketika
itu pulang ke England untuk menghantar isterinya. Abdullah telah memulakan
hidupnya di Singapura setelah pembukaan Singapura. Beliau telah bekerja sebagai
jurutulis dan jurubahasa kepada Tuan Raffles. Selain itu, beliau juga
bertanggungjawab menulis undang- undang di Singapura atas arahan daripada Tuan
Raffles terutama undang- undang tentang judi dan arak. Abdullah juga menjadi
jurubahasa kepada saudagar- saudagar dari Inggeris dan Cina. Abdullah tidak
membawa isterinya untuk tinggal di Singapura bersama- sama beliau. Isteri
beliau tetap menetap di Melaka dan Abdullah akan pulang 6 bulan sekali untuk
berjumpa isteri dan anaknya.
Selain itu, Abdullah juga dipertanggungjawabkan untuk mengumpul bahan- bahan
sastera Melayu lama seperti kitab- kitab, hikayat- hikayat, dan syair- syair
untuk dibawa pulang oleh Tuan Raffles ke England. Sewaktu di Singapura telah
berlaku kejadian kebakaran. Pada ketika itu, Abdullah masih menetap di pulau
tersebut dan beliau telah merakamkan pengalaman ketika berlakunya bencana
kebakaran tersebut dalam karyanya yang berjudul Syair Singapura Terbakar.
Abdullah telah mengarang sebuah kitab ringkas yang bertajuk Dewa ul- Kulub yang
bererti “Ubat Hati” sebagai pengubat hatinya yang sedih kerana kematian
anaknya. Sewaktu bekerja dengan Tuan North iaitu semasa berusia 42 tahun,
Abdullah telah pergi ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Berdasarkan catatan
pengalaman perjalanan beliau inilah yang telah menghasilkan karya unggulnya
yang berjudul Kisah Pelayaran Abdullah.
Walaupun dilahirkan di Malaysia, beliau banyak menghabiskan masa di Singapura.
Abdullah Munsyi digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya
pentingnya. Beliau merupakan seorang yang gemar mengembara dan beliau telah
berjaya menghasilkan karya yang hebat seperti Kisah Pelayaran Abdullah dan
Hikayat Abdullah hasil daripada pengamatan dan pemerhatiannya semasa
pengembaraan. Beliau juga dibesarkan dalam zaman peralihan dan pertembungan
kebudayaan Barat dan kebudayaan Melayu.
Abdullah membandingkan kedua- dua cara pemikiran iaitu semangat perubahan,
kemajuan dan dinamisme Barat dengan kelembapan pemikiran dan cara hidup orang
Melayu yang statik serta tidak mampu membebaskan diri daripada belenggu adat
istiadat yang kolot. Pada waktu itu sedang berlaku keruntuhan kuasa politik
golongan bangsawan Melayu dan kebangkitan pengaruh asing terutama Inggeris dan
hal ehwal pentadbiran negeri- negeri Melayu. Peristiwa pergolakan inilah yang
dicatatkan dalam kedua- dua karyanya. Hikayat Abdullah juga telah karya sejarah
yang penting tentang sejarah social dan politik di Singapura dan Melaka. Banyak
pembaharuan yang telah dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam Sastera Melayu.
Antaranya ialah menjadi penulis Melayu pertama yang memperkenalkan banyak
autobiografi dalam tulisannya.
Beliau juga telah membawa pembaharuan dari segi
isi dan bentuk penulisan dengan menggunakan pengalaman dan pemerhatiannya dalam
masyarakat dan meninggalkan kisah dongeng dan mitos seperti yang terdapat dalam
karya sastera Melayu tradisional lain. Selain keberaniannya mengkritik raja-
raja Melayu, golongan pembesar Melayu dan susunan masyarakat Melayu dalam zaman
serta adat istiadat serta kebiasaan orang Melayu, ketokohan beliau terserlah
sebagai pelopor pembaharuan dalam bidang kesusasteraan Melayu terutamanya dari
segi minat dan kesungguhannya mendalami bahasa Melayu. Tujuan beliau melakukan
semua perkara berikut adalah untuk menyedarkan bangsa , berilmu, sentiasa
mengejar kemajuan moden serta bersifat dinamik. Malah beliau sendiri telah
mempelajari pelbagai bahasa dan cabang ilmu seperti bahasa Tamil, Arab,
Inggeris, Hindi dan ilmu Matematik. beliau dianggap sasterawan moden
berdasarkan karya- karya yang telah dihasilkannya. Hal ini telah diakui
oleh Professor Ismail Hussein seperti berikut :
“Abdullah
Munshi adalah sasterawan moden Melayu pertama yang menulis untuk alat cetak dan
beliau yang pertama menyoal dan mengkritik sikap- sikap feudalismen yang telah
mejadi dasar kebudayaan Melayu berabad-abad.”
Sumbangan
Abdullah Munsyi
Bersesuaian
dengan gelaran yang diberikan kepada Abdullah Munsyi sebagai ‘Bapa
Kesusasteraan Melayu Moden’, beliau telah menghasilkan beberapa karya unggul
yang menjadi tatapan sehingga kini. Karya- karya yang dihasilkan sedikit moden
berbanding dengan hikayat –hikayat yang ditulis oleh penulis lain sebelumnya.
Hal ini juga menunjukkan beliau telah membawa pembaharuan dalam penghasilan
karya daripada karya klasik kepada karya moden. Abdullah Munsyi bukan sahaja
memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan
memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. Bagi
beliau, sekiranya nahu Bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa
Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu..Antara
karya yang dihasilkan Abdullah Munsyi ialah:
i) Syair
Singapura Terbakar
ii) Kisah
Pelayaran Abdullah
iii) Dewa
ul-Kulub
iv) Hikayat
Abdullah
v) Kisah
Pelayan Abdullah ke Juddah.
Pandangan
Abdullah Munsyi terhadap Orang Melayu dalam Hikayat Abdullah dan Kisah
Pelayaran Abdullah
Hikayat
Abdullah merupakan sebuah hikayat yang berkisarkan kisah pengembaraan Abdullah
Munsyi. Hikayat Abdullah ini selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali
diterbitkan pada tahun 1849. Bagi Hikayat Abdullah yang diterbitkan dalam
bahasa rumi telah diterbitkan pada tahun 1907 sebagai kegunaan teks di sekolah-
sekolah Melayu. Hikayat yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi ini berkisar
tentang realisme dan tidak seperti karya- karya klasik sastera Melayu yang yang
kebiasaannya mengandungi unsur fantasi dan cerita legenda. Karya ini juga
dikelaskan sebagai autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi
tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke 19. Selain itu, dalam
hikayat ini juga menceritakan sekilas mengenai zaman kanak- kanak Abdullah
Munsyi di Melakadan pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan
terhadapnya oleh seorang ahli bedah Inggeris.
Kisah Pelayaran Abdullah merupakan sebuah karya sastera Melayu yang diterbitkan
pada tahun 1938 di Singapura. Karya ini juga dianggap sebagai teks sastera
Melayu pertama yang diterbitkan secara komersil. Karya ini menceritakan
pelayaran dari Singapura ke Kelantan bersama- sama temannya, Grandpre dan Baba
Ko An untuk menyerahkan surat dari Sir George Bonham yang merupakan Gabenor
Negeri- Negeri Selat kepada Sultan Kelantan. Karya tersebut merangkumi
pengalaman beliau mengenai kehidupan orang Melayu yang dilihat ketika singgah
di Pahang dan Terengganu serta perkara yang dialami beliau semasa berada di
Kelantan. Karya ini juga mengandungi nasihat- nasihat yang diberikan kepada
raja- raja Melayu dan juga perbandingan antara sistem pemerintahan Inggeris dan
sistem pemerintahan tradisional Melayu.
Berdasarkan kepada karyanya iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran
Abdullah, beliau banyak mengkritik mengenai sikap orang Melayu pada ketika itu.
Abdullah bukanlah membenci orang- orang Melayu pada ketika itu, tetapi sikap
yang mereka miliki yang menyebabkan beliau tidak bersetuju dengan pandangan dan
perlakuan mereka. Pengalamannya yang bergaul dengan orang Melayu yang suka
mengabaikan bahasa Melayu menyedarkan beliau betapa pentingnya mempelajari
bahasa Melayu dengan mendalam sebelum mempelajari bahasa orang lain. Hal ini
dapat dilihat jelas dalam Kisah Pelayaran Abdullah. Beliau menghargai hikayat-
hikayat lama dan sikap ini diperlihatkan dengan usahanya mencari dan membaca
hikayat- hikayat tersebut. Gambaran rasa sayang terhadap hikayat tersebut dapat
dilihat sewaktu mendapat khabar kapal yang dinaiki Raffles yang membawa kitab
dan hikayat lama terbakar. Tergambar betapa kecewanya dia apabila segala
khazanah Melayu, kitab dan hikayat lama itu musnah.
Maka apabila
aku mendengar khabar yang demikian itu, terbanglah arwahku sebab
terkenangkan sekalian kitab- kitab Melayu dan lain- lain daripada
beberapa zaman…
Beliau juga
berasa kurang senang dengan sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari ilmu
baru seperti yang terkandung dalam Hikayat Abdullah pada halaman 257 dan 258:
Maka jikalau
kiranya kukhabarkan sekalian itu (tentang ilmu- ilmu baru seperti kemajuan
elektrik) kepada orang- orang Melayu nescaya ditutup telinganya serta menampar
mukaku, katanya, “Terlalu besar bohong.”
Pada halaman
120 juga ada dinyatakan:
…bukanlah
berguna kepada kamu sekalian ilmu kira- kira itu? Maka jikalau tidak tahu kira-
kira kelak, bagaimana engkau hendak berniada jual beli? Dan lagi pula beberapa
banyak nasihat yang kuberi, tiada juga mereka itu endahkan.
Walaupun
berbagai usaha yang dilakukan oleh Abdullah untuk cuba menyedarkan orang Melayu
tentang pentingnya ilmu- ilmu baru dalam kemajuan hidup, namun segala usaha
beliau hanya sia- sia malah beliau telah ditempelak serta dipulaukan oleh
orang- orang Melayu kerana sikapnya itu serta hubungan baik yang ditunjukkan
dengan orang- orang Inggeris.
Selain
itu, pengalamannya yang dirakam dalam Kisah Pelayaran Abdullah juga
menggambarkan sikapnya yang tidak suka kepada budaya raja Melayu seperti
apabila lalu di kampung raja tidak boleh berpayung, memakai kasut dan
berpakaian kuning. Beliau juga sangat akrab dengan orang-orang Inggeris pada
ketika itu dan menyebabkan beliau sering membandingkan kelebihan orang Inggeris
berbanding orang Melayu. Abdullah juga sering mengeji perbuatan orang Melayu
walaupun berkaitan dengan sultan seperti katanya:
Bahawa
sesungguhnya adalah pada fikiranku, maka nyatalah kebodohan dan kekurangan
fikiran sultan itu: maka alangkah baik dan besar tolongan Tuan Raffles itu
hendak mengajarkan anak- anak mereka itu supaya kemudian kelak ia boleh
mengerti dan menadapat beberapa kepandaian dan hikmat akan menambahkan akal dan
pengetahuan.
Abdullah
berfikiran bahawa perkara tersebut hanyalan sesuatu yang sia- sia kerana
terdapat hal yang dilarang tetapi dibenarkan pula seperti orang berjudi di
hadapan istana raja dan menghisap candu. Pengalaman melihat orang menghisap
candu juga dicatatkan dalam Kisah Pelayarannya.
Maka lalu
saya kata, “Janganlah Tengku minum, kerana ia itu mendatangkan beberapa celaka
dan kebinasaan, dan kerugian adanya.” Maka jawabnya, “Itu betul tuan; tetapi
sudah menjadi adat kepada saya, tiada boleh saya buangkan.”
Dalam
catatan Kisah Pelayaran Abdullah juga, dia dikatakan mengkritik sikap raja-
raja Melayu. Beliau membicarakan mengenai kezaliman raja, kehendaknya yang tidak
boleh dihalang dan dilarang, serta pantang larang yang tidak boleh dilanggar
oleh rakyat. Kezaliman raja menjadikan rakyat berasa takut untuk melakukan apa
saja yang dapat memajukan diri mereka seperti takut untuk membuat rumah, takut
untuk menambah ilmu, takut untuk mencari harta dan takut untuk melakukan
perkara yang menyalahi adat kerana akan dihukum oleh orang- orang raja.
Kenyataan ini dapat dilihat dalam Kisah Pelayaran Abdullah pada halaman 88.
Dan lagi
dijauhkan Allah berdekatan raja- raja; kerana orang yang hampir kepada raja itu
seperti bersahabat- sahabat dengan ular yang bias; makasalah sedikit dipagutnya
biji mata.
Hal ini juga
dapat dilihat dalam hikayat Abdullah yang menyentuh tentang kehendak raja yang
tidak boleh dihalang yang dapat dilihat pada halaman 86:
Dan lagi,
kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik- baik, jikalau berkenan raja,
diambilnya juga; tiada boleh ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam
mati- mati sahaja.
Abdullah
bukan sahaja membenci perangai raja pada ketika itu, malah fizikal raja juga
dituliskan dengan segala kebodohannya. Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat
Abdullah yang menggambarkan kehodohan Sultan Hussain pada halaman 238:
…tubuhnya
tambun…kelihatan empat persegi…pendeknya…tiada ketahuan rupa…kepalanya
kecil…lehernya tenggelam…mukanya lebar…matanya juling…mulutnya luas…perutnya
gendut berlipat- lipat…suaranya garau…dimana ia duduk ia berdengkur…bila
berkata menengking- nengking…tiada kuasa membawa dirinya.
Kebodohan
raja ini digambarkan ketika Sultan Hussain menyerahkan Singapura serta
perintahnya kepada Inggeris dan semasa raja- raja Melayu menolak tawaran Tuan
Raffles untuk mengajar anak- anak baginda.
Orang- orang Melayu pada ketika itu dikatakan terlalu memuliakan adat tradisi
yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal demikain, mereka tidak mehu
menerima pembahruan terutama yang dibawa oleh Inggeris. Masyarakat Melayu pada
ketika itu juga dikatakan malas. Golongan raja juga langsung tidak memberikan
galakan supaya rakyat berusaha dan belajar untuk maju. Pandangan ini banyak
dikisarkan dalam Kisah Pelayaran Abdullah yang memperlihatkan kritikan yang
hebat dilemparkan kepada orang- orang Melayu. Orang Melayu dikatakan pemalas,
lalai dan pengotor.
Selain itu, bahasa percakapan mereka juga dikatakan terlalu buruk serta
pakaian dan rumah mereka dikatakan buruk dan tidak sempurna. Abdullah
berharap agar orang- orang Melayu akan maju ke hadapan dengan mempelajari ilmu-
ilmu baru yang dibawa oleh Inggeris. Dengan ini dapat meninggalkan sedikit demi
sedikit fahaman kolot yang dipegang oleh mereka. Abdullah juga ada menyatakan
mengenai rasa kurang senangnya mengenai sikap orang Melayu yang dengki serta
iri hati. Menurut beliau, sikap dengki inilah yang akan menghalang untuk mencapai
kemajuan dalam apa jua bidang sekalipun.
Abdullah juga mengemukakan pandangan beliau terhadap orang Melayu yang
mempunyai kepercayaan terhadap hal- hal yang ganjil. Contohnya cerita untuk
merobohkan kota Melaka ini tersebar luas. Mereka percaya kota itu dijaga oleh
penunggu atau hantu syaitan dan siapa yang memecahkannya akan menerima bala.
Dia juga mengecam kepercayaan orang Melayu pada hal- hal yang dianggap karut
seperti kepercayaan orang Melayu tentang kejadian bumi, gerhana matahari dan
bulan. Abdullah memperlihatkan sikap tidak setujunya terhadap kepercayaan
tersebut dan menganggap itu adalah perkara yang karut yang tidak patut diikuti.
Menurut beliau, adat dan kepercayaan menjadi halangan bagi kemajuan bangsa
Melayu. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah juga dapat dilihat beliau mengkritik
adat meminta hutang yang diamalkan oleh orang Melayu seperti yang terkandung
pada halaman 18.
“Adalah
sekalian adat dan pekerjaan ini, semuanya daripada adat purbakala;jikalau
barang siapa mengubah atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yang
tua- tua”. Maka adalah fikiran saya yang bodoh lagi yang tiada mempunyai ilmu
ini, jikalau kekal adat dan pekerjaan dan kelakuan yang telah tersebut itu,
maka dapat tiada lama- kelamaannya kelak sunyi dan rosak juga negeri Pahang
itu, sebab mereka itu sekalian mengaku dirinya sahaja pandai. Adapun sebabnya
fikiran itu datang kerana tiada mereka itu mahu menurut adat orang, lagipun
tiada ia mempunyai ilmu, menjadi semakin hari makin bodohya bertambah; seperti
katak dibawah tempurung adanya, maka adalah pada sangka katak itu tempurung itu
langit.
Kemajuan
yang dibawa oleh Inggeris telah meresap ke dalam diri Abdullah lantas
membuatkan dia mengeji adat- adat yang diamalkan oleh orang Melayu. Karya-
karya yang telah dihasilkannya secara tidak langsung telah menunjukkan
kemunduran orang Melayu disebabkan oleh kepercayaan serta kemalasan orang
Melayu itu sendiri. Pendedahan ini paling banyak terdapat dalam Kisah Pelayaran
Abdullah seperti yang disebut beliau pada halaman 33:
…tetapi
laki- lakinya semuanya malas, dengan makan tidur dan membaiki senjata, itulah
kerjanya orang yang dalam negeri itu.
Beliau juga
ada menyebut mengenai orang Terengganu yang malas pada halaman yang sama
seperti yang diperkatakannya :
Bermula saya
lihat hal orang- orang dalam negeri itu miskin belaka, lagi dengan kelakuan
malas dan malas sepanjang hari.
Abdullah
Munsyi mengetengahkan keadaan hidup orang- orang Melayu di Pahang, Kelantan dan
Terengganu dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah. Beliau menceritakan
mengenai keadaan orang- orang Melayu di negeri- negeri tersebut berkaitan
dengan tempat tinggal mereka, pekerjaan mereka, dan cara hidup mereka. Abdullah
menulis dengan jelas tentang kehidupan mereka sehingga mereka yang membaca
berasa jijik dengan keadaan tempat tinggal orang- orang Melayu pada waktu itu.
Hal ini diceritakan beliau semasa melawat negeri Pahang yang diceritakan pada
halaman 11:
Syahadan
lagi adalah rumah- rumah tempat diam mereka itu semuanya rumah atap; ada yang
kecil ada yang besar; semuanya rumah itu di atas darat. Maka terlalu banyak
semak- semak pada keliling rumahnya, lagi tiada dengan peraturan rumah-
rumahnya, sebuah di sini dan sebuah di sana; ada yang dalam hutan, ada yang di
pantai; ada yang berpagar, ada yang tiada; masing- masing dengan sukanya.
Demikianlah sepanjang sungai itu, setompok di sini, setompok di sana. Dan lagi
terlalu banyak kotor di bawahnya; maka tiap- tiap rumah itu adalah limbahan
dibawahnya, dan sampah bertimbun- timbun. Serta masuk, maka penuhlah bau busuk
ke dalam hidung.
Abdullah
bukan sahaja menceritakan perihal kehidupan serta tempat tinggal orang- orang
Melayu di Pahang, malah dalam Kisah Pelayaran Abdullah juga ada menceritakan
mengenai keadaan tempat tinggal orang- orang Melayu di Kelantan seperti yang
terdapat pada halaman 65 dan 66:
Syahadan,
adalah rumah- rumah mereka itu atap lagi perbuatannya tidak senonoh. Maka di
bawah rumahnya itu penuhlah dengan longkang dan sampah- sampah. Maka adalah
beberapa rumah yang saya masuk ke dalamnya sebab handak melihat peraturannya.
Maka saya lihat darihal tempat tidur mereka itu dan perkakas mereka itu, dan
daripada makan minum mereka itu, sekaliannya dengan kekotoran adanya; lagi
tiap- tiap rumah itu busuk baunya.
Abdullah
juga mengamati suasana rumah- rumah orang Melayu di setiap tempat yang
dikunjunginya. Pengamatannya diceritakan lagi pada halaman 77 dalam Kisah
Pelayaran Abdullah:
Maka adalah
darihal rumah- rumah mereka itu, sekaliannya pondok- pondok atap; dan
dindingnya pun atap juga, dan lantainya jongket- jongketan, dan atapnya
bintang- bintangan, dan bau busuk rumah- rumah itu, janganlah dikata lagi-
penuh engan bau ikan busuk, dan bau longkang, dan sampah pun bertimbun- timbun
sepanjang rumahnya. Maka adalah darihal badan mereka itu dan rumah- rumah
mereka itu dan pakaian mereka itu, sekalian kkotoran belaka.
Beliau
mengulangi lagi perkara yang sama berkaitan dengan kehidupan serta tempat
tinggal orang- orang Melayu di Kelantan pada halaman 89:
Maka sebab
itulah ia menaruh limbahan dan jamban di bawah rumahnya, bertentangan dengan
tempat diam dan tidur, supaya naik betul meruap busuk itu masuk ke dalam
otaknya, dan jangan menyimpang bau itu ke kiri ke kanan lagi. Maka sebab
perbuatan yang demikian itulah ia tinggal sepanjang umurnya dalam busuk dan
berbagai- bagai penyakit.