Di Sebalik Jari Dan Cap Jari

Akal adalah kurniaan Allah ke­pada makhluk yang berna­ma manusia. Melalui akal manusia dapat menganali­sis dan seterusnya menge­nali kebesaran penciptanya yang telah membekalkan akal dan pemikiran untuk meredah kehidupan.  Segala sesuatu pen­ciptaan akan menunjukkan kepada ke­bijaksanaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta.  Inilah sikap orang her­akal. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang diciptakan Allah sama ada di langit mahupun di bumi un­tuk melihat kebesaran Allah. Orang yang beriman akan menundukkan pandangan akalnya untuk sujud kepada kebesaran dan mengagungkan pujian hanya kepa­da Allah pemilik dan pencipta akal yang boleh berfikir.

Firman Allah dalam surah Ali Imran melalui ayat 189 hingga 191 ini menceritakan sikap orang berakal.  "Dan bagi Allah jualah kuasa pemer­intahan langit dan bumi, dan Allah Maha kuasa atas tiap - tiap sesuatu. Sesung­guhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang, ada tanda tanda (kekuasaan, kebijak­sanaan, dan keluasan rahmat Allah) ba­gi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang ke­jadian langit dan bumi (sambil berkata ): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau, maka pelih­aralah kami dari azab neraka"

Antara bukti dan petunjuk kepada kebesaran Allah adalah melalui pencip­taan cap jari manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia akan membawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain. Manusia seperti makhluk hidup yang lain turut memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetik dan baka pewarisan. Wa­laupun generasi demi generasi silih ber­ganti dan turun - temurun dilahirkan dari sepasang suami isteri namun cap jari manusia tetap memiliki banyak mis­teri dan seribu satu keunikan yang sukar ditafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi. Melainkan ianya adalah bukti kebe­saran dan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta.

Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia ja­ri dan cap jari adalah milik Allah pen­cipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tan­gan kanan akan tertera nombor Ar­ab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. ji­ka seorang hamba Allah berdoa ma­ka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Al­lah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mem­beritahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang in­dah dan diberkati maka berdoalah ke­pada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji. Hakikatnya jari dan cap jari meru­pakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.

Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk meng­kaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walau­pun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepe­satan teknologi namun adalah sesuatu yang mustahil di alam ini bagi meng­hilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di se­balik kejadiannya.

Tanda Kekuasaan Allah SWT

Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidup­kan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tu­buh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Al­lah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia. Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Ki­amat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada wa­laupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom  atom, zarah, abu mahu­pun debu - debu yang halus.  Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabi­ah telah bertanya ‘Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Al­lah SWT akan mengumpulkan tu­lang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk?  Maka Al­lah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 4 di bawah yang bermaksud :  "Bukan sebagaimana yang di­sangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun dengan  sempurnanya segala tulang - tulang jarinya, dan tulang  yang lebih halus dari yang lain".


Ternyata kehebatan dan ke­agungan Allah SWT dalam mengembalikan rupa asal manusia hatta sekalipun sehingga rupa asal jari jemari dan urat urat jari yang kita kenali  sebagai cap jari.  Kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia tiada batasan.  Sedangkan anggota manusia  yang paling kecil iaitu hujung jarinya dapat Allah seragamkan apatah lagi anggota badannya yang lebih besar. Merujuk ayat diatas lafaz banaanah ertinya ‘hujung hujung jarinya.’ Di khaskan penyebutannya disini adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Begitu halus dan terla­lu rapi serta teliti buatan tuhan di samp­ing terdapat rajah dan jaluran yang pel­bagai jenis.
Kekuasaan dan kebesaran Allah tampak jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari  jemari setiap orang ini tidak sama antara satu dengan yang lain. Lan­taran perbezaan inilah zahirlah hikmah penciptaan tuhan iaitu untuk dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan. Dalam ayat ini Allah SWT telah men­erangkan bahawa manusia akan dibang­kitkan dan dikembalikan rupa bentuk jasad tubuh badan milik manusia ber­mula dari sebesar - besar tulang anggota tubuh badan sehinggalah sekecil - kecil tulang termasuk jalur - jalur yang ada di hujung - hujung jari manusia. Tulang ja­ri dan segala daging di jari serta cap jari akan dikembalikan dalam rupa asal. Ini­lah beberapa bukti dan keterangan ke­pada manusia yang mengingkari hari ke­bangkitan.

Aplikasi Cap Jari Melalui Kaedah Saintifik

Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan bahawa setiap manusia memiliki sepasang set cap jari yang me­nentukan identiti pemiliknya tersendiri berbeza dengan apa yang dimiliki oleh orang lain walaupun dari pasangan kem­bar seiras.
  1. Cap jari manusia merupakan po­la bekas yang tinggal pada mana - mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dike­nali sebagai "rabung dermis" atau "pap­ ila dermis".
  2. Cap jari mungkin ditinggal­kan oleh rembesan biasa dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit tangan, atau­pun boleh dibuat oleh dakwat dan bahan cemar lain yang terkena jari dan diting­galkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari. Cap jari biasanya di­gunakan sebagai kaedah yang tepat ba­gi mengenal pasti individual Secara unik.
  3. Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, seba­hagian besar ciri - ciri cap jari ditentu­kan oleh persekitaran pada tempoh bu­lan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan ia tidak akan bertukar. Secara prakti­kal, parut dan ketuat mampu mengubah cap jari. Secara fakta, tiada individu pun, termasuk kembar seiras, dipercayai me­miliki cap jari yang sama.
  4. Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memi­liki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah pen­duduk dunia hanya 6.5 bilion pada tahun 2006 berbanding 64 bilion ianya mustahil bagi mengenal pasti dua cap jari yang sama.
  5. Hujung jari bukannya satu  satu bahagian badan manusia yang mempu­nyai rabung geser (friction ridges). la ju­ga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan ianya turut juga di­gunakan sebagai pengenalan forsenik.
  6. Tegasnya pasti ada hikmah dan rah­sia yang tersirat dan tersimpan di sebalik perbezaan rupa cap jari yang telah dicip­takan Allah Yang Maha Pencipta dengan rupa yang berbeza. Melalui pengkajian dan penemuan para sainstis perbezaan ini dapat diaplikasikan kepada banyak lapangan kehidupan manusia. Antara fungsi yang terpenting melalui perbezaan cap jari manusia ini ialah, pembemukan sistem pengenalan diri. Melalui kepel­bagaian perbezaan cap jari sistem kad pengenalan dapat dibentuk.
  7. Pembentukan sistem pengenalan ini dapat membantu menyelesaikan banyak kes kes polis seperti kecurian, pem­bunuhan serta jenayah yang melibat­kan perlakuan seksual apabila teknologi DNA ( Deoxyribonucleic Acid ) dan per­bezaan cap jari dapat dikenal pasti oleh Unit Forensik pihak polis. Sistem penge­nalan diri melalui perbezaan cap jari ju­ga akan membantu mewujudkan sistem kerajaan elektronik atau lebih dikenali sebagai istilah e-government. Sistem ke­selamatan rekod bank dan aset milik in­dividu juga turut terjamin apabila sistem pengenalan diri dapat mengenal pasti pemilik sebenar demi memelihara kes­elamatan akaun peribadi dan tidak mu­dah diselewengkan dengan sewenang­wenangnya oleh penjenayah kolar putih.


Rahsia Jari —Jemari Manusia

Jari - jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri  jari ialah penentu kepada kesi­hatan manusia. Menurut ajaran Islam se­seorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diper­hatikan kepada jari. Melaluinya kesihat­an keseluruhan tubuh badan dapat di­pastikan oleh pihak lelaki.
Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kenc­ing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemerik­saan sendiri terutamanya pada jari - je­mari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangki­tan. Ini kerana deria rasa sakit penghi­dap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangki­tan merebak dengan lebih dahsyat.
Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak bal­as bahan kimia dalam rokok yang ter­dapat di jari-jemari. Buktinya setiap ka­li perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh pero­kok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-je­mari perokok akan menjadi kuning.
Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan mem­belek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan ses­eorang.  Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan mencerita­kan banyak rahsia seperti kebahagia­an dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.