Di Sebalik Jari Dan Cap Jari

Akal adalah kurniaan Allah ke­pada makhluk yang berna­ma manusia. Melalui akal manusia dapat menganali­sis dan seterusnya menge­nali kebesaran penciptanya yang telah membekalkan akal dan pemikiran untuk meredah kehidupan.  Segala sesuatu pen­ciptaan akan menunjukkan kepada ke­bijaksanaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta.  Inilah sikap orang her­akal. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang diciptakan Allah sama ada di langit mahupun di bumi un­tuk melihat kebesaran Allah. Orang yang beriman akan menundukkan pandangan akalnya untuk sujud kepada kebesaran dan mengagungkan pujian hanya kepa­da Allah pemilik dan pencipta akal yang boleh berfikir.

Firman Allah dalam surah Ali Imran melalui ayat 189 hingga 191 ini menceritakan sikap orang berakal.  "Dan bagi Allah jualah kuasa pemer­intahan langit dan bumi, dan Allah Maha kuasa atas tiap - tiap sesuatu. Sesung­guhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang, ada tanda tanda (kekuasaan, kebijak­sanaan, dan keluasan rahmat Allah) ba­gi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang ke­jadian langit dan bumi (sambil berkata ): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau, maka pelih­aralah kami dari azab neraka"

Antara bukti dan petunjuk kepada kebesaran Allah adalah melalui pencip­taan cap jari manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia akan membawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain. Manusia seperti makhluk hidup yang lain turut memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetik dan baka pewarisan. Wa­laupun generasi demi generasi silih ber­ganti dan turun - temurun dilahirkan dari sepasang suami isteri namun cap jari manusia tetap memiliki banyak mis­teri dan seribu satu keunikan yang sukar ditafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi. Melainkan ianya adalah bukti kebe­saran dan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta.

Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia ja­ri dan cap jari adalah milik Allah pen­cipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tan­gan kanan akan tertera nombor Ar­ab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. ji­ka seorang hamba Allah berdoa ma­ka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Al­lah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mem­beritahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang in­dah dan diberkati maka berdoalah ke­pada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji. Hakikatnya jari dan cap jari meru­pakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.

Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk meng­kaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walau­pun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepe­satan teknologi namun adalah sesuatu yang mustahil di alam ini bagi meng­hilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di se­balik kejadiannya.

Tanda Kekuasaan Allah SWT

Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidup­kan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tu­buh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Al­lah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia. Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Ki­amat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada wa­laupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom  atom, zarah, abu mahu­pun debu - debu yang halus.  Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabi­ah telah bertanya ‘Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Al­lah SWT akan mengumpulkan tu­lang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk?  Maka Al­lah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 4 di bawah yang bermaksud :  "Bukan sebagaimana yang di­sangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun dengan  sempurnanya segala tulang - tulang jarinya, dan tulang  yang lebih halus dari yang lain".

Karya Agung Melayu Dan Abdullah Munsyi

Karya agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis, dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral, dan visi bangsanya. Kesemuanya itu digambarkan dalam bentuk sastera dan seni yang tinggi niainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu banyak terbentuk daripada tradisi sastera agung ini. Karya agung Melayu bererti karya yang ditulis atau diungkapkan dalam bahasa Melayu. Karya-karya ini termasuklah pepatah, pantun, penglipur lara dan lain-lain. Ia tidak mengambil kira kelompok bangsa atau etnik dalam kawasan dunia Melayu ini sama ada orang semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Aceh, Bugis, Minangkabau dan lain-lain. Sempadan geogerafi tidak menjadi persoalan, sebaliknya pemikiran yang mampu dicetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-temurun itu yang diutamakan.                                                                                                                                    
        Antara karya-karya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang tokoh yang berilmu pada zamannya iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskhah tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja. Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah yang melibatkan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Selain itu, Hikayat Hang Tuah yang dikarang sekitar tahun 1641 hingga 1736 yang merupakan satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini iaitu ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Karya-karya agung yang lain adalah seperti Tuhfat al- Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Syair Ken Tambuhan, Bustan al-Katibin, Hikayat Inderaputera dan Pantun Melayu : Bingkisan Permata.
Senarai Karya Agung
1. Sulalatus Salatin
2. Hikayat Hang Tuah
3. Tuhfat Al-Nafis
4. Hikayat Merong Mahawangsa
5. Hikayat Raja Pasai
6. Hikayat Raja Aceh
7. Pantun Melayu : Bingkisan Permata
8. Syair Ken Tambuhan
9. Undang-undang Melaka
10. Hikayat Abdullah
11. Cerita Lipur Lara
12. Bustan al-Katibin
13. Cerita Jenaka Melayu
14. Hikayat Panji Jayeng Kusuma
15. Hikayat Inderaputera

 Nama sebenar Abdullah Munsyi ialah Abdullah bin Abdul Kadir. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid yang juga disebut Kampung Pali oleh orang –orang keling pada tahun 1976 dan meninngal di Jeddah pada tahun 1854. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik- beradik seibu sebapa. Ketiga- tiga abangnya telah meninggal sewaktu kecil iaitu semasa berumur setahun, dua tahun dan tiga tahun. Semasa kecil Abdullah sering sakit terutama selepas usianya menjangkau empat bulan. Lantaran kesihatannya yang tidak pernah memuaskan dan ibu bapanya dikatakan tidak serasi membelanya, Abdullah dijual kepada orang lain beberapa kali. Hal demikian menyebabkan kesihatan ibunya terjejas dan menyebabkan dia tidak dapat menyusuinya. Lantaran itu, Abdullah disusui oleh orang lain.    Riwayat hidup Abdullah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu iaitu sewaktu kecil, sehingga Abdullah belajar mengaji di Melaka kira-kira usia 7 tahun. Peringkat kedua sewaktu Abdullah mula bekerja sebagai guru agama, guru bahasa, jurutulis Tuan Raffles dan masih berulang alik ke Melaka. Abdullah Munsyi berasal daripada keturunan Arab dan India serta keluarga yang terpelajar. Bapa Abdullah merupakan seorang yang sangat mementingkan pelajaran. Dia amat bimbang dengan kebolehan Abdullah mengaji dan membaca kerana pada usia 7 tahun Abdullah masih belum dapat menghabiskan satu juz mengaji al- Quran. Abdullah sering memprotes dengan tindakan bapanya itu kerana dia tidak dapat bermain seperti kanak- kanak yang lain namun tidak dipedulikan oleh bapanya. Walaupun Abdullah anak tunggal ibu bapanya, namun dia tidak pernah dimanjakan oleh kedua ibu bapanya. Bapanya tidak pernah memuji perbuatan Abdullah walaupun perkara tersebut memuaskan hatinya.
          Abdullah juga merupakan seorang yang pandai dan cepat dalam memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya. Beliau juga pandai dalam mengaji al- Quran melebihi kepandaian rakan- rakannya yang lain. Disebabkan kepandaian yang dimiliki tersebut, beliau dijadikan sebagai khalifah di tempat mengaji. Gelaran “Munsyi” yang membawa makna “guru” itu diperoleh sewaktu dia berusia sebelas tahun. Beliau juga mendapat gelaran ‘munsyi’ sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar- askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Abdullah Munsyi juga menjadi guru agama, penterjemah, wartawan dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Pada usia yang muda itu, beliau menerima upah menulis surat dan menyalin naskah al- Quran dan melayakkan beliau menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar- askar Islam di Melaka.
          Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bahasa. Beliau juga mempelajari bahasa Tamil dan bahasa Arab selain daripada mempelajari bahasa Melayu. Abdullah juga mempelajari bahasa Inggeris daripada paderi- paderi Inggeris. Beliau merupakan seorang yang gigih dalam mempelajari seuatu ilmu. Dia telah mendalami al- Quran dengan seorang yang berbangsa Arab dan mendalami bahasa Melayu dengan seorang yang juga berbangsa Arab. Semasa berusia 27 tahun, Abdullah telah mengajarkan bahasa Melayu kepada Tuan Milne yang merupakan  seorang paderi Inggeris yang datang ke Melaka. Selain itu, Abdullah juga belajar dengan Tuan Doktor Marrison yang pandai berbahasa Cina. Abdullah telah belajar menggunakan alat cap huruf dengan Tuan Medhurst dan Tuan Thomsen ketika menjadi guru bahasa. Buku yang pertama yang dicap dengan menggunakan alat ini ialah Sepuluh Hukuman yang Diberikan Allah kepada Nabi Musa dan Vocabulary Melayu- Inggeris.

Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya



Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" (Riwayat Muslim, no 1175)

Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) 

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 


Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:- 

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:- 

Puasa Lawan Nafsu Bangkitkan Sikap Sabar

IBADAT puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim.
Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.  Antaranya puasa membentuk kesabaran. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).  Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa.

Oleh itu, Rasulullah sentiasa menggesa sahabatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat) dan menjelaskan puasa itu tiada bandingan baginya.  Diriwayatkan daripada Abu Ummah katanya: “Aku datang bertemu Rasulullah dan aku berkata kepadanya: Suruhlah aku dengan satu perkara yang aku dapat ambil terus daripada engkau. Jawab Baginda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiada bandingan baginya.” (Riwayat al-Nasa'i)

Selain itu, puasa berperanan sebagai pengawal kepada orang yang berpuasa. Dengan itu orang yang berpuasa tidak boleh mengumpat, mencaci, memfitnah, mencuri, bergaduh, bertengkar dan sebagainya.  Rasulullah bersabda bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”

Berdasarkan penjelasan Rasulullah ini, puasa itu dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.  Ada pelbagai pendapat ulama dalam menjelaskan maksud ’puasa itu perisai’. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa sebagai pelindung daripada segala dosa atau api neraka atau kedua-duanya. 

1)Diriwayatkan daripada Abu Ummah katanya: “Aku datang bertemu Rasulullah dan aku berkata kepadanya: Suruhlah aku dengan satu perkara yang aku dapat ambil terus daripada engkau. Jawab Baginda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiada bandingan baginya.” (Riwayat al-Nasa'i)

2)Rasulullah bersabda bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.” 

Puasa - Puasa Di Bulan Sya'ban

Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai). ‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja.

Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)

PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN

Sabda Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.
Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;
Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.
Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.
Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat).

PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN

Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;
Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.

Senarai Kejadian Gempa Bumi (Terkini:March 2013 )




Tarikh
Masa

 Lokasi
Latitud     
Longitud
Magnitud
(Skala Richter)
Kategori
Jarak
 14/03/2013
 10.48 pagi
 Kepulauan Mariana
 18.8°U
145.4°T
 5.1
Sederhana
1919kmTenggara  Yokosuka, Japan. 3294km Timur Laut Kinabatangan, Sabah.
 11/03/2013
 10.15 pagi
 Kawasan New Britain
 6.6°S
 148.8°T
 5.1
 Sederhana
191km Barat daya Kimbe, PNG. 3579km Tenggara Semporna, Sabah.
 11/03/2013
 8.05 pagi
 Kawasan New Britain
 6.7°S
 148.1°T
 5.2
 Sederhana
121km Timur  Lae, P.N.G. 3510km Tenggara Semporna, Sabah.
11/03/2013
 6.52 pagi
 Kawasan New Britain
 6.8°S
 148.2°T
 6.3
 Kuat
 133km tenggara Lae,PNG.3524km tenggara Semporna,Sabah
08/03/2013
 12.55   petang
 Laut Banda
 5.0°S
 125.7°T
 5.1
 Sederhana
 313km barat daya Ambon,Indonesia.1316km tenggara Semporna,Sabah
 07/03/2013
 11.36 pagi
 Taiwan
 24.1°U
121.6 °T
 5.4
 Sederhana
72km tenggara Taichung,Taiwan.1980km timurlaut Kudat,Sabah.
 06/03/2013
 04:32 pagi
Kepulauan Ryukyu , Jepun.
 27.3°U
 128.4°T
 5.1
 Sederhana
 141km Timur laut  Naha, Japan.2578km Timur laut Kudat, Sabah.
 03/03/2013
11.25 pagi
 Berhampiran Pantai Selatan New Guinea, PNG
 7.2°S
 145.7°T
 5.3
 Sederhana
 110km Barat daya Bulolo,PNG.3282km Tenggara Semporna,Sabah.
 03/03/2013
 5.47 pagi
 Pantai Utara New Guinea, PNG
 3.4°S
 145.0°T
 5.2
 Sederhana
 157km Timur laut Wiwak, PNG.3069km Tenggara Semporna, Sabah.
 02/03/2013
 9.30 pagi
 Sempadan Kawasan India-Bangladesh
 24.5°U
 91.7°T
 5.1
 Sederhana
 121km Timur laut Narsingdi,Bangladesh.2181km Barat laut Padang Besar,Perlis
 01/03/2013
 9:20 malam
 Timur Kepulauan Kuril 
 50.7° U
158.0° T
6.2
 Kuat
 
260km Barat daya Petropavlovsk Kamchatskiy,Russia
6174km Timur laut Kudat, Sabah.
 01/03/2013
11.29 pagi 
Kepulauan Mariana
21.8°U
144.2°T
5.5
Sederhana
1564km Tenggara Yokosuka,Japan.3325km Timur laut Sandakan,Sabah


sumber : Malaysian Meteorological Department