1.
Menggunakan
kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
Ø kita ingat 10 %
apayang dibaca
Ø kita ingat 20%
apa yang didengar
Ø kita ingat 50 %
apa yang didengar & dilihat
Ø kita ingat 70%
apa yang dicakapkan
Ø kita ingat 90%
setelah dipraktikkan
3.
Belajar
3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
4.
Belajar
dalam persekitaran kondusif.
Ø pastikan cahaya
adalah terang
Ø kurangkan
gangguan bunyi
Ø tampal poster
yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
Ø tampal
gambar-gambar yang menenangkan fikiran
Ø kerusi dan meja
menghadap kiblat
Ø jangan lupa
untuk senyum
5.
Tidak
ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
6.
Mengulang
kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab
soalan.
Ø memasukkan
maklumat dalam memori (registration)
Ø menyimpan
maklumat dalam sel memori (retention)
Ø mengingat
kembali (recall)
Ø menggunakan
maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
8.
Sentiasa
awal dan mendahului:
Ø persediaan awal
akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada
guru.
Ø pelajar yang
mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø belajar awal
ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
Ø untuk sentiasa
awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9.
Berbuat
baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
10.
Mempunyai
teknik membaca yang betul:
Ø duduk dengan
tegak & bernafas dengan betul
Ø memberikan
tumpuan sepanuhnya
Ø menggunakan jari
telunjuk untuk membaca
Ø menyesuaikan
kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
11.
Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
12.
Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
13.
Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
14.
Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
15.
Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
16.
Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
17.
Mengulang
kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
18.
Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
19.
Mengulang
kaji pelajaran berulang-ulang kali.
20.
Mengulang
kaji apabila mulai terlupa.
21.
Tahu
petua mengulang kaji
Ø cari tempat yang
tenang dan serasi dengan jiwa kita
Ø siapkan semua
'bekalan' dengan sempurna
Ø duduk tegak
dikerusi yang selesa
Ø baca doa
penerang hati
Ø baca buku atau
nota mengikut teknik membaca yang betul
Ø fikir dan ingat
kembali isi utama
Ø catat/lakar
Ø semak semula
ketepatan maklumat
Ø ulang sebut atau
ceritakan pada orang lain
Ø buat rumusan
Ø jawab soalan
Ø tampal maklumat
yang rumit di dinding
Ø baca doa tanda
kesyukuran selepas belajar
22.
Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
23.
Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
Ø jangan makan
kepala ikan
Ø jangan makan
organ dalaman
Ø jangan minum
semasa makan
Ø jangan minum
atau makan makanan yang tercemar oleh semut
Ø jangan melihat
kemaluan
Ø jangan melihat
buih
Ø jangan membaca
nama pada batu nisan
Ø banyakkan makan
makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
Ø banyakkan makan
kismis, kurma dan madu
Ø banyakkan makan
kekacang
Ø pakai minyak
wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
Ø jangan makan
sehingga terlalu kenyang
Ø jangan kencing
berdiri
24.
Tahu
kemahiran mengingat:
Ø tampal nota-nota
penting di dinding
Ø tukar perkataan,
ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
Ø gunakan kaedah
akronim
Ø reka cerita atau
ayat mengenai konsep yang perlu diingat
Ø pecahkan
maklumat kepada kumpulan kecil
25.
Cekap
mengatur jadual belajar:
Ø mempunyai jadual
belajar
Ø patuh kepada
jadual
Ø buat jadual yang
boleh diikuti
26.
Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
27.
Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
28.
Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara
dan topik untuk belajar.
29.
Menggunakan
masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
30.
Membawa
nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
31.
Pelbagaikan
tempat belajar.
32.
Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
33.
Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
34.
Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
Ø taat kepada
Allah
Ø mendirikan
sembahyang
Ø menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
Ø hormati &
sayangi guru
Ø bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
Ø suka pada setiap
mata pelajaran yang dipelajari
Ø membantu rakan
yang memerlukan
Ø berdoa dan
bersyukur kepada Allah
Ø sentiasa
bertawakal
Ø mahir dalam
setiap mata pelajaran
35.
Kita
juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan
tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan
semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.