Hukum solat
sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh
orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada
secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah
selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat
Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar
8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua
rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi
sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz
Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja
aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)
Bacaan Surah
Selepas
membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca
pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada
tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula
dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.
Dari malam
16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah
al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan
rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu
bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

