Disunatkan
berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini
berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi
s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di
mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai).
‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus
berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan
kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak
berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat
beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Menurut
ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya
berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa
sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja.
Apa
hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Seorang
sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau
banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu
adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah
antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba
kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku
berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)
PUASA
SELEPAS NISFU SYA’BAN
Sabda
Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan
hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16
haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum
Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa
sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai
berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam
ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya
adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah
haram.
Namun
menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di
atas orang-orang berikut;
Orang
yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua
(yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu
Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung
Sya’ban.
Orang
yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa
selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya
melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.
Orang-orang
yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah
qadha’ puasa sunat).
PUASA
SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN
Dilarang
berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah
s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian
ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada
Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut
merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;
Orang
yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
Orang
yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
Orang
berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.