1. Peringatan dari langit Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا كَانَتْ أَوّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَنَادَى
مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ. وَيَا بَاغِيَ الشّرّ أَقْصِرْ. وَلِلّهِ
عُتَقَاءُ مِنَ النّارِ. وَذَلِكَ فِي كُلّ لَيْلَةٍ – Riwayat Al-Khamsah
Maksudnya : Apabila tiba malam pertama bulan
Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan
teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan
hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada
tiap-tiap malam.
2. Wasiat Rasulullah SAW. Hakikat sebenar bulan
Ramadhan dan kebesarannya.
Rasulullah SAW telah memberi wasiat di akhir khutbah baginda ,
berbunyi : … واستكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون
بِهِمَا ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما . وأما الخصلتان اللتان ترضون بِهِمَا ربكم
: فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه . وأما اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله
الجنة , وتعوذون به من النار . ومن سقى صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظماء بعدها
حتى يدخل الجنة
Maksudnya : Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan
Ramadhan dalam empat perkara. Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan
kamu dan dua
perkara lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang kamu
beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) ” لا إله إلا الله” dan kamu
beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak boleh terlepas
darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan memohon berlindung dengan-Nya dari neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah
akan memberi minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang
tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam
syurga.
3. Penghayatan wasiat Penghayatan dari wasiat di
atas sebagaimana berikut :
1. Perbanyakkan bermalam di dalam bulan Ramadhan
berzikir
لا إله إلا الله” . 2. Perbanyakkan beristighfar di
dalam bulan Ramadhan
dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan
bertaubat
dari dosa.
3. Perbanyakkan berdoa memohon syurga di dalam bulan
Ramadhan
juga perbanyakkan berdoa berlindung dari neraka.
4. Memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang
berpuasa
adalah besar pahalanya.