Taubat


Syarat-syarat taubat:
1- Ikhlas ingin bertaubat.
2- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
3- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.
5- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya.
6- Dikerjakan sebelum ajal tiba.

Sifat Benci : Banyak Kerugiannya


Disedari atau tidak, kebencian yang membara akan menghancurkan, tidak hanya untuk diriya sendiri,namun juga keluarga dan orang sekelililing kita ,bahkan,yang lebih luas lagi umat dan bangsa .Kita juga akan kehilangan potensi kejayaan yang kita layak miliki,hanya kerana mengikut kebusukan hati yang penuh kebencian.
Bagaimana dengan waktu? Sudah tentu ia akan habiskan untuk berpikir buruk dan merencanakan perbuatan jahat. Pikirkanya sangat kacau dan tidak sempat lagi untuk memikirkan hal-hal positif yang membawa manfaat bagi duni dan akhirat.
Batinya selalu gelisah ,nafsu amarah setiasa membera ,hidupnya penuh dengan ketegangan, tentunya ini akan melihatkan dari raut wajah yang jauh dari keramahan dan kelembutan. Selain itu, kata-kata yang diucapkanya terdengar amat kasar,kotor,dan hina.Tenaganya habis untuk memuaskan rasa dendam .tidak ada tenaga yang tersisa untuk kebaikan. Lahir batinya akan benar-benar memikul kerugian. Na’uzubillahimindzalik!
Selain itu adalah hilangnya ketenteraman bersama.Apa yang terjadi ? hidup kita akan selalau tercekam ketakutan, tegang dan cemas.semua kenikmatan yang ada tidak boleh dinikmati,termasuk kenikmatan yang ada tidak boleh dinikmati.termasuk kenikmatan yang Allah berikan kepada kita semua. Tidak ada lagi kelazatan dalam belajar dan meraih ilmu. Tentu saja, semua ini akan sangat merugikan masa depan siapa pun.
Disamping itu,kita tidak akan lagi berkerja dengan tenang dan baik, akibatnya kewangan menjadi susah didapat,kemampuan ekonomi menjadi sangat lemah dan tidak ada lagi biaya untuk makan dan minum dengan teratur.

Doa Mudah Dimakbulkan Dosa Diampunkan Di Bulan Rasulullah SWT


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah SWT telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yg dengki.”

Bulan Syaaban adalah waktu yang sesuai bermuhasabah diri bagi melihat kekurangan, kesalahan dan kelemahan kita supaya dapat diperbaiki. Begitu juga dosa-dosa yang telah dilakukan, sudah sepatutnya kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Bulan Syaaban juga waktu yang tepat bagi menyambung silaturrahim dan memohon kemaafan saudara dan kawan-kawan.